Siapa kata nak makan tauge segar kena beli di kedai sahaja? Dengan cara tanam sayur tauge sendiri di rumah, anda boleh dapat tauge segar, rangup, dan bersih tanpa bahan kimia. Hanya dari dapur ke pinggan, mudah, cepat, dan sesuai untuk keluarga kecil atau besar.
Hanya perlukan kacang hijau, tisu dapur, dan sedikit penjagaan setiap hari. Dalam 6 hari sahaja, tauge segar sudah boleh dituai. Ikuti panduan step-by-step ini dan nikmati hasil tangan sendiri yang pasti lebih puas dan sihat!
Baca juga: Cara Tanam Pokok Pandan Dalam Pasu, Guna Petua Ini Dijamin Lebat Merimbun!
Bahan-bahan:
Cara-cara penyediaan:
1. Rendam kacang hijau semalaman supaya mudah bercambah.
2. Lapik tisu dapur 3–4 lapis di atas tapis. Letakkan kacang hijau secara rata di atas tisu.
3. Bungkus dengan plastik hitam supaya kacang berada dalam keadaan gelap. Pilih tempat bersih dan gelap, contohnya oven yang jarang digunakan.
4. Spray air pada tisu setiap hari supaya sentiasa lembab. Kelembapan adalah kunci tauge cepat tumbuh.
5. Dalam 6 hari, tauge akan tumbuh segar dan rangup.
6. Tauge segar rumah sendiri lebih sedap dan rangup berbanding yang dibeli di kedai. Simpan di peti sejuk untuk tahan 3–4 hari.
Tips Tambahan
Kenapa Anda Perlu Cuba Cara Tanam Sayur Tauge Sendiri?
Dengan panduan cara tanam sayur tauge ini, anda boleh nikmati tauge segar setiap hari tanpa perlu ke kedai. Selamat mencuba dan rasai kepuasan hasil tangan sendiri!
Semoga bermanfaat!
Sumber: Nona Danial
Baca juga: Cara Tanam Kunyit Guna Tisu Basah Yang Mudah, Hasil Pun Puas Hati
Masalah perut kembung dan rasa tidak selesa akibat angin memang boleh mengganggu aktiviti harian. Ada…
Puding biskut cream cracker ini boleh jadi idea menarik kalau ada lebihan biskut yang sudah…
Sayur kailan ikan masin antara hidangan yang cukup digemari kerana gabungan rasa pedas dan masin…
Pisang antara buah yang mudah masak ranum, lebih-lebih lagi apabila cuaca panas. Jika terbeli pisang…
Terasa ingin makan kek coklat yang lembut, lembap dan kaya dengan rasa koko? Resepi kek…
Daging masak rempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau makan…