
Singgang Ikan Tongkol ialah salah satu masakan tradisional yang sangat popular di pantai timur, terutamanya di Terengganu dan Kelantan.
Hidangan ini ringkas, berkuah jernih dan tidak menggunakan minyak atau santan. Rasanya yang masam, pedas dan sedikit masin menjadikannya sangat menyelerakan, terutama bila dimakan bersama nasi panas.
Resipi ini sesuai untuk semua peringkat umur dan sangat sesuai untuk mereka yang menjaga kesihatan kerana ia dimasak tanpa tumis dan tidak berminyak.
Kelebihan masakan singgang ialah cara memasaknya yang mudah dan cepat. Anda hanya perlu hiris bahan, masukkan semuanya ke dalam periuk dan biarkan ia mendidih.
Jika ada yang ingin mencuba, jom lihat resipi penuh di bawah untuk ketahui apakah bahan-bahan yang diperlukan serta cara memasaknya.
Baca juga: Cara Hilangkan Masin Pada Ikan Kering, Ada 3 Petua Berkesan Wajib Cuba
RESEPI SINGGANG IKAN TONGKOL

Bahan-bahan:
- Seekor ikan tongkol (saya guna bahagian kepala dan dua ketul isi)
- Bendi secukupnya
- Cili merah atau hijau (belah tengah)
- Bawang merah (dihiris)
- Bawang putih (dihiris)
- Lengkuas (dihiris)
- 1-2 keping asam keping
- Garam secukup rasa
- Air secukupnya (ikut banyak mana kuah yang diinginkan)
Cara memasak:
- Masukkan semua bahan yang dihiris (bawang, bawang putih, lengkuas) bersama cili dan air ke dalam periuk.
- Didihkan kuah sehingga naik bau dan kuah mendidih perlahan (mendidih manja).
- Masukkan ikan tongkol dan perasakan dengan garam secukupnya.
- Biarkan ikan masak dan isinya menjadi lembut.
- Masukkan asam keping dan kacau perlahan.
- Akhir sekali, masukkan bendi. Apabila bendi mula layu, tutup api.
Sumber: Mizah Ngatiman
Baca juga: Resipi Ikan Terubuk Masin Goreng Bawang, Bau Pun Dah Buat Perut Berkeroncong!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














