sambal totok

Sambal totok ini memang sesuai untuk anda yang suka rasa pedas-pedas padu. Ia tidak menggunakan pengisar, semuanya ditumbuk dengan lesung batu, sebab itu rasa sambalnya lebih ‘naik’ dan aromanya lagi menyelerakan.

Bahan-bahan yang digunakan pun mudah dan biasanya memang sudah ada di dapur. Bila digandingkan dengan nasi panas dan telur dadar rangup, memang lengkap dan puas hati!

Kalau anda sedang mencari sambal yang ringkas tapi tetap membangkitkan selera, inilah resipi yang patut dicuba. Mudah, sedap dan tak ambil masa lama pun untuk disediakan.

Baca juga: Tip Buat Sambal Yang Sedap, Warna Kena ‘Naik’ & Bersinar Macam Ini Baru ‘Kick’!

RESEPI SAMBAL TOTOK IKAN BILIS

sambal totok

Bahan-bahan:

Cara memasak:

  1. Goreng bawang merah, bawang putih, cili api merah, cili api hijau dan cili masak hingga layu. Angkat dan ketepikan.
  2. Goreng ikan bilis hingga garing. Angkat dan ketepikan.
  3. Tumbuk bahan-bahan yang telah digoreng tadi menggunakan lesung batu.
  4. Akhir sekali, masukkan ikan bilis dan tumbuk kasar atau gaul bersama bahan lain.
  5. Tambahkan garam, bahan perasa dan gula perang secukup rasa. Teruskan menumbuk atau gaul sebati.
  6. Siap untuk dihidang bersama nasi panas dan telur dadar rangup.

Sumber: Encik Noh

Baca juga: Cara Buat Sambal Bilis Sedap Sampai Mak Mentua Teringat, Kena Ikut ‘Step’ Ini!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN