ikan goreng masak asam

Ikan goreng masak asam memang sesuai dijadikan lauk apabila mahu masak sesuatu yang ringkas tetapi tetap membuka selera. Ikan digoreng garing terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam kuah asam yang wangi dengan bawang, halia dan cili.

Bahan-bahan yang digunakan pun mudah didapati di dapur. Bila kuah masam pedas mula meresap pada ikan, memang sedap dimakan bersama nasi panas.

Baca juga: Cara Masak Ayam Bakar Ala Sukiya, Rahsia Perapan Ringkas Tapi Rasa Macam Makan Di Restoran

RESIPI IKAN GORENG MASAK ASAM

ikan goreng masak asam

Resipi yang dikongsikan oleh Nazz Mernas di Facebook ini cukup mudah untuk dicuba. Tidak perlu menggunakan banyak bahan, tetapi gabungan air asam jawa, cili, bawang dan halia menghasilkan kuah yang cukup menyelerakan.

Bahan-bahan:

  • Ikan secukupnya
  • Bawang besar, dihiris
  • Bawang putih, dihiris
  • Halia, dihiris
  • Cili merah
  • Cili hijau
  • Air asam jawa secukupnya
  • Sedikit kunyit
  • Garam atau perasa secukup rasa
  • Minyak untuk menggoreng dan menumis

Cara-cara Penyediaan:

1. Bersihkan ikan dan gaulkan dengan sedikit garam jika suka.

2. Panaskan minyak dan goreng ikan sehingga garing. Angkat dan ketepikan.

3. Kurangkan sedikit minyak dalam kuali jika perlu.

4. Tumis bawang besar, bawang putih dan halia sehingga naik bau.

5. Masukkan cili merah, cili hijau dan sedikit kunyit. Kacau sebentar.

6. Tuangkan air asam jawa dan tambahkan sedikit air mengikut jumlah kuah yang diingini.

7. Perasakan dengan garam atau perasa secukupnya.

8. Biarkan kuah mendidih dan rasa sehingga masam serta masinnya seimbang.

9. Masukkan ikan yang telah digoreng tadi.

10. Biarkan beberapa ketika supaya kuah meresap pada ikan.

11. Tutup api dan hidangkan bersama nasi panas.

Tips Ikan Goreng Masak Asam

  • Goreng ikan hingga garing supaya teksturnya tidak mudah hancur apabila dimasukkan ke dalam kuah.
  • Jangan masukkan ikan terlalu awal kerana ia boleh menyebabkan ikan menjadi terlalu lembik.
  • Laraskan air asam jawa mengikut tahap kemasaman yang disukai.
  • Jika suka rasa lebih pedas, boleh tambah cili merah atau cili padi.
  • Masukkan ikan pada penghujung proses memasak supaya kuah hanya sempat meresap tanpa membuat ikan terlalu lembut.
  • Paling sedap, hidangkan ketika masih panas bersama nasi putih.

Selamat mencuba!

Sumber: Nazz Mernas

Baca juga: Resepi Bihun Soto Sedap Ala Kedai, Rahsia Tumis Rempah Ini Buat Kuah Lebih Wangi

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN