ikan cencaru sambal

Inilah resipi ikan cencaru sambal goreng pedas untuk anda cuba di rumah. Biasanya, apabila memasak hidangan sambal goreng pedas, kita menggunakan ikan keli. Tetapi kali ini, boleh cuba menggunakan ikan cencaru pula. Memang sedap!

Setiap orang mempunyai citarasa yang berbeza. Bagi mereka yang gemar makan makanan pedas dan tidak kisah jenis hidangan apa pun, pasti akan menyukai hidangan ikan cencaru sambal goreng pedas ini. Ia enak dimakan dengan nasi putih panas-panas! Tidak perlu lagi membuat sambal secara berasingan untuk dicicah.

Baca juga: Cara Siat ‘Jaket’ Ikan Cencaru Dengan Mudah, Isi Pun Tak Tercarik!

Rasanya memang power dan kick. Terutama apabila hidangan ini lebih pedas. Anda boleh menyesuaikan penggunaan cili dalam hidangan ini mengikut citarasa masing-masing. Dalam resipi ini, ia menggunakan 10-15 biji cili api. 

Anda boleh mencampurkan cili api hijau dan merah. Jika ingin lebih pedas, tambahkan lebih banyak cili api merah nanti. Hidangan ini juga enak dimakan dengan ulam. Mari ikuti resipi yang telah dikongsikan oleh Tengku RosElyza Raja Muhammad ini. 

RESIPI IKAN CENCARU SAMBAL GORENG PEDAS

ikan cencaru sambal

Bahan-bahan:

  • Ikan cencaru (dibuang kulit keras dan goreng)
  • 3 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 10-15 biji cili api
  • 2-3 biji cili merah besar
  • Air asam / asam keping
  • 1 batang serai
  • Sedikit belacan
  • Segenggam ikan bilis
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara penyediaan:

1. Goreng ikan sampai garing dan ketepikan.

2. Kisar kasar belacan, bawang, cili api dan ikan bilis cili merah . Jangan kisar halus sangat.

3. Panaskan minyak, tumis bahan tumisa dan masukkan serai yang diketuk. Selepas tu tumis sampai dia pecah minyak.

4. Minyak lebih supaya bahan tumisan tidak kering dan tumisan akan jadi cantik.

5. Masukkan air asam atau asam keping. Masukkan garam dan gula secukup rasa.

6. Tuang atas ikan dan siap. Sedia untuk dihidang.

ikan cencaru sambal

Selamat mencuba. 

Sumber: Facebook Tengku RosElyza Raja Muhammad

Baca juga: Cencaru Sumbat Sambal Kelapa Guna Air Fryer, Sedap Cicah Air Asam

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN