Categories: Resipi

Ikan Bilis Kacang Goreng Sira Sambal, Sekali Rasa Terus Teringat Zaman Sekolah Dulu

Ikan bilis kacang goreng sira sambal antara kudapan yang cukup sinonim dengan kenangan zaman sekolah. Rangup kacang, garing ikan bilis dan sambal yang manis pedas memang buat kita susah hendak berhenti mengunyah.

Dulu, cara menikmatinya pun cukup membangkitkan nostalgia. Gigit sedikit di bucu plastik, tolak kacang keluar perlahan-lahan, kemudian kunyah sambil berangan. Walaupun ringkas, rasa dan kenangan itu masih teringat sampai sekarang.

Baca juga: Resepi Ayam Masak Soya Mak Cik Kantin Sekolah, Lauk Paling Budak-Budak Sekarang Suka!

RESIPI IKAN BILIS KACANG GORENG SIRA SAMBAL

Resipi yang dikongsikan oleh **Wiwien Chempaka di Facebook** ini menggunakan bahan yang mudah didapati. Kacang tanah dan ikan bilis digoreng terlebih dahulu sebelum digaul bersama sira sambal yang manis, pedas dan sedikit masam.

Bahan-bahan:

  • 4 cawan kacang tanah
  • Segenggam ikan bilis
  • 5 ulas bawang putih
  • 6 sudu besar cili kisar
  • 5 sudu besar gula
  • 3 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar cuka
  • 2 sudu besar minyak masak
  • Garam secukup rasa

Cara-cara penyediaan:

1. Goreng kacang tanah dan ikan bilis

Goreng kacang tanah sehingga garing dan rangup. Angkat dan ketepikan.

Kemudian goreng ikan bilis sehingga garing. Toskan minyak dan ketepikan terlebih dahulu.

2. Tumis bawang putih dan cili

Tumbuk bawang putih sehingga lumat.

Panaskan minyak masak, kemudian tumiskan bawang putih bersama cili kisar. Masukkan gula dan teruskan menumis sehingga sambal naik bau, pecah minyak dan cili menjadi garing.

3. Masukkan bahan perasa

Masukkan sos cili, garam dan cuka. Kacau sehingga semua bahan sebati dan sambal masak dengan elok.

4. Masukkan kacang tanah

Masukkan kacang tanah yang telah digoreng.

Kecilkan api dan gaulkan kacang bersama sambal selama kira-kira 3 hingga 4 minit. Pastikan sambal bersalut sekata pada kacang.

5. Masukkan ikan bilis

Akhir sekali, masukkan ikan bilis yang telah digoreng garing.

Gaul perlahan-lahan supaya ikan bilis tidak hancur. Tutup api dan biarkan ia sejuk sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.

Tips buat ikan bilis kacang goreng sira sambal

  • Gunakan sos cili supaya sambal lebih mudah melekat pada kacang.
  • Gunakan api kecil ketika menggaul kacang bersama sambal.
  • Tumis sambal sehingga pecah minyak dan cili garing sebelum memasukkan bahan lain.
  • Goreng kacang tanah sehingga betul-betul garing supaya kekal rangup.
  • Goreng ikan bilis sehingga rangup, tetapi elakkan terlalu lama hingga hangit.
  • Gaul ikan bilis pada peringkat akhir supaya tidak mudah hancur.
  • Biarkan kacang sira sejuk sepenuhnya sebelum disimpan.
  • Simpan dalam bekas kedap udara untuk membantu mengekalkan kerangupan.

Dengan gabungan kacang yang rangup, ikan bilis yang garing serta sira sambal yang manis dan pedas, memang mudah untuk tangan kembali mencapai balang berkali-kali.

Paling menarik, ikan bilis kacang goreng ini bukan sekadar kudapan. Bagi yang pernah menikmatinya ketika kecil, setiap gigitan mungkin membawa kembali kenangan lama—makan dari plastik kecil sambil berangan dengan dunia sendiri.

Selamat mencuba!

Sumber: Wiwien Chempaka

Baca juga: Mini Pizza Guna Roti Gardenia, Bekal Sekolah Ini Mesti Anak Suka!

Aimi

Recent Posts

Tips Chili Oil Tahan Lama, 6 Bulan Masih Elok Walaupun Disimpan Pada Suhu Bilik!

Petua chili oil tahan lama antara perkara yang sering dicari, terutama bagi mereka yang gemar…

1 day ago

Resipi Kuetiau Hong Kong Dengan Kuah Pekat & Aneka Lauk, Buat Sendiri Di Rumah Lagi Puas!

Kuey teow Hong Kong antara menu yang menjadi pilihan ramai apabila teringin menikmati hidangan mi…

1 day ago

Resipi Creamy Udon Pedas Ikut Tekak Melayu, Letak Pula Chili Oil Memang Puas Makan!

Ada kalanya, menu makan malam yang berbeza daripada kebiasaan boleh menaikkan selera selepas seharian sibuk…

1 day ago

Serabai Istimewa Penang Kini Tersenarai Dalam MICHELIN Bib Gourmand 2027, Beroperasi Sejak 1975!

Kuih serabai mungkin nampak seperti hidangan tradisional biasa, tetapi sajian warisan ini berjaya mendapat perhatian…

1 day ago

Resipi Ikan Bilis Sambal Goreng, Jangan Gaul Ketika Masih Panas Kalau Nak Kekal Rangup!

Resipi ikan bilis sambal goreng antara hidangan yang mudah disediakan dan sesuai dijadikan stok lauk…

1 day ago

Kebaikan Kimchi Untuk Kesihatan, Rupanya Bukan Sekadar Untuk Lawas…Otak Pun Dapat Manfaat!

Kimchi merupakan makanan tradisional Korea yang diperbuat daripada kubis Cina melalui proses fermentasi. Selain rasanya…

1 day ago