resepi ayam masak soya

Mak-mak yang tengah cari idea lauk untuk buat anak berselera makan, cubalah resepi Ayam Masak Soya. Jangan tak tahu, inilah lauk kantin sekolah yang disukai budak-budak sekarang.

Setiap kali hidang Ayam Masak Soya, pasti habis licin dimakan. Lauk ini manisnya cukup rasa dan tak terlalu pedas, jadi memang sesuailah untuk anak-anak yang tak makan pedas.

Resepi Ayam Masak Soya yang dikongsikan oleh Emma Wan Noordin MamaMo dimasak dengan cara santai tapi penuh dengan rasa sedap. Jom kita cuba!

Baca juga: Resipi Ayam Masak Madu Pekat Berkilat, Makan Dengan Nasi Panas Memang Tak Cukup Pinggan!

RESEPI AYAM MASAK SOYA

resepi ayam masak soya

Bahan-bahan:

  • Ayam (dipotong 16)
  • Bawang besar, bawang putih, halia (kisar sehingga halus)
  • 3 cawan air
  • 2 sudu lada putih
  • 1 cawan kicap manis
  • ½ cawan kicap masin
  • ½ cawan sos tiram
  • 1 sudu serbuk perasa (pilihan)
  • 3 keping asam keping
  • Kentang (ikut suka)
  • Tomato (ikut suka)

Cara-cara memasak:

1. Tumis bawang, bawang putih dan halia yang telah dikisar sehingga harum.

2. Masukkan air, lada putih, kicap manis, kicap masin, sos tiram, serbuk perasa dan asam keping. Kacau rata.

3. Masukkan ayam dan biarkan mendidih.

4. Masukkan kentang dan tomato. Masak sehingga ayam lembut dan air agak kering.

5. Akhir sekali, rasa dan tambah manis, masin atau pekat ikut selera masing-masing.

Tips tambahan:

  • Goreng separuh masak ayam dan kentang sebelum masak supaya kurang hanyir, wangi dan rasa lebih pekat.
  • Jika suka pedas, masukkan 1 hingga 2 sudu cili boh semasa menumis.

Selamat mencuba!

Sumber: Emma Wan Noordin MamaMo

Baca juga: Ayam Masak Buttermilk Versi Paling Kaw, Sekali Suap Terus Buat Selera Terangkat!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN