Categories: Tips & Petua

Petua Masak Sotong Kembang Agar Tak Liat & Tak Keras, Kecutkan Dulu Dengan Cara Ini!

Kalau selalu masak sotong kembang tetapi hasilnya keras dan liat, mungkin ada cara penyediaan yang selama ini terlepas pandang. Lagi-lagi kalau nak masak sambal sotong, tekstur sotong memang penting supaya lauk lebih sedap dinikmati.

Ramai mungkin terus masukkan sotong ke dalam sambal selepas bahan tumisan siap. Namun, ada petua yang dikongsikan seorang pengguna Facebook boleh dicuba untuk membantu menghasilkan sotong yang lebih mudah dimasak dan sambal yang tidak terlalu berair.

Menurutnya, petua ini sudah banyak membantu kerana dia sendiri kurang pandai menyediakan sotong kembang, sering mendapat hasil yang keras dan liat. Malah, cara tersebut turut memudahkan kerja apabila mahu menyediakan lauk dalam kuantiti banyak untuk kenduri.

Baca juga: Cara Goreng Ikan Sungai Yang Betul, Kelar Begini Supaya Tulang Halus Jadi Rangup!

PETUA LEMBUTKAN SOTONG KEMBANG DENGAN MUDAH

Berikut merupakan cara-cara melembutkan sotong:

  1. Bersihkan sotong kembang dan potong mengikut saiz yang diingini. Toskan sotong supaya lebihan air tidak terlalu banyak.
  2. Masukkan sotong ke dalam kuali. Tidak perlu tambah air atau minyak.
  3. Masak menggunakan api sederhana dan biarkan sotong mengeluarkan airnya sendiri.
  4. Kacau sotong sekali-sekala supaya masak sekata dan tidak melekat pada kuali.
  5. Teruskan memasak sehingga air yang keluar daripada sotong semakin berkurangan dan kering sepenuhnya.
  6. Selepas air sotong kering, sotong akan kelihatan lebih kecut. Tutup api dan angkat sotong.
  7. Sotong kembang yang sudah dikecutkan boleh terus digunakan untuk memasak pelbagai menu yang disukai. Antaranya sambal sotong, sotong masak merah, sambal tumis dan sebagainya.

Sumber: Rosni Baharom

Baca juga: Cara Pilih Buah Jambu Batu Yang Rangup, Manis & Kurang Biji, Rupanya Tengok Warna Kulit!

Wan N

Recent Posts

Tips Chili Oil Tahan Lama, 6 Bulan Masih Elok Walaupun Disimpan Pada Suhu Bilik!

Petua chili oil tahan lama antara perkara yang sering dicari, terutama bagi mereka yang gemar…

1 day ago

Resipi Kuetiau Hong Kong Dengan Kuah Pekat & Aneka Lauk, Buat Sendiri Di Rumah Lagi Puas!

Kuey teow Hong Kong antara menu yang menjadi pilihan ramai apabila teringin menikmati hidangan mi…

1 day ago

Resipi Creamy Udon Pedas Ikut Tekak Melayu, Letak Pula Chili Oil Memang Puas Makan!

Ada kalanya, menu makan malam yang berbeza daripada kebiasaan boleh menaikkan selera selepas seharian sibuk…

1 day ago

Serabai Istimewa Penang Kini Tersenarai Dalam MICHELIN Bib Gourmand 2027, Beroperasi Sejak 1975!

Kuih serabai mungkin nampak seperti hidangan tradisional biasa, tetapi sajian warisan ini berjaya mendapat perhatian…

1 day ago

Resipi Ikan Bilis Sambal Goreng, Jangan Gaul Ketika Masih Panas Kalau Nak Kekal Rangup!

Resipi ikan bilis sambal goreng antara hidangan yang mudah disediakan dan sesuai dijadikan stok lauk…

1 day ago

Kebaikan Kimchi Untuk Kesihatan, Rupanya Bukan Sekadar Untuk Lawas…Otak Pun Dapat Manfaat!

Kimchi merupakan makanan tradisional Korea yang diperbuat daripada kubis Cina melalui proses fermentasi. Selain rasanya…

1 day ago