Ibu-ibu tiada idea nak masak apa? Usah pening kepala, jom cuba resepi ikan bawal masak sambal yang mudah dan ringkas untuk disediakan ini.
Ikan bawal sudah cukup sedap jika digoreng, apatah lagi jika dimasak versi sambal. Confirm bertambah lazat dibuatnya!
Jika ada yang mahu mencubanya, mari ikuti resipi perkongsian oleh Nurul Ateekah di bawah. Selamat mencuba!
Baca juga: Cara Buat Ikan Pekasam Sungai Guna 3 Bahan, Tak Perlu Perap Dalam Peti Ais
RESIPI IKAN BAWAL MASAK SAMBAL
Bahan-bahan:
- 6 potongan ikan bawal (saiz sederhana)
- 1 biji bawang besar (dipotong bulat)
- ½ biji tomato (dibelah 4)
- 2 helai daun limau purut
- 1 sudu besar gula melaka
- 1 sudu besar gula putih
- 1 sudu kecil rata garam
- 1 sudu kecil serbuk perasa
- 2 sudu besar perahan asam jawa
Bahan-bahan kisar:
- 10 batang cili kering
- 2 biji bawang besar
- 4 ulas bawang putih
- 1 sudu kecil belacan kiub
Cara memasak:
1. Basuh ikan sehingga bersih. Kemudian lumurkan dengan garam dan kunyit sehingga rata. Panaskan minyak dan goreng ikan sehingga masak. Apabila ikan dah masak dan garing, angkat ikan ke dalam pinggan. Ketepikan seketika.
2. Seterusnya, tumis bahan-bahan kisar yang sudah dikisar sehingga pecah minyak. Guna api sederhana.
3. Masukkan perahan asam jawa dan daun limau purut. Masak sehingga sambal agak kering dan kemerahan.
4. Masukkan garam, gula dan serbuk perasa. Gaul rata dan masak sehingga warna menjadi merah gelap.
5. Kemudian, masukkan bawang merah dan tomato. Akhir sekali, masukkan ikan yang sudah digoreng tadi dan gaul rata.
6. Sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Nurul Ateekah
Baca juga: Sedapnya Ikan Celup Tepung Ala Terengganu, Ikut Resipi Ini Memang Rangup Kruk Krak!