dessert platter

Kalau musim jamuan sekolah, memang boleh jadi ‘pening kepala’ fikir nak bawa menu apa. Nak yang nampak menarik, tapi dalam masa sama mudah dan cepat disediakan. Idea dessert platter biskut ini memang sesuai sangat untuk mama-mama yang nak buat sesuatu yang simple tapi tetap nampak cantik di meja.

Tak perlu susah-susah potong buah atau sediakan banyak jenis makanan. Cukup susun biskut kegemaran anak-anak, dah boleh jadi hidangan yang ‘laku keras’. Dijamin tak membazir, jimat masa dan tetap sedap! Anak-anak pun memang suka celup biskut dengan coklat, confirm habis licin.

Baca juga: Resipi Jagung Manis Cup Mini Sesuai Untuk Jamuan Sekolah, Laju ‘Diserbu’ Budak-Budak!

RESEPI DESSERT PLATTER UNTUK JAMUAN

Bahan-bahan kering (platter):

  • Biskut jejari coklat
  • Marshmallow (warna-warni untuk tarik perhatian anak-anak)
  • Biskut ikan
  • Biskut bulat

Bahan-bahan sos coklat:

  • Susu segar
  • Air
  • Serbuk coklat
  • Coklat putih
  • Butter

Cara buat sos coklat:

  1. Masukkan susu segar dan sedikit air ke dalam periuk. Guna api kecil sahaja.
  2. Masukkan serbuk coklat (pilih yang berkualiti untuk rasa premium) dan kacau sehingga tiada ketulan.
  3. Tambahkan coklat putih. Coklat putih ni rahsia untuk bagi rasa lebih berlemak dan memekatkan sos tanpa perlu guna gula berlebihan.
  4. Apabila semua sudah cair dan sebati, masukkan mentega. Ini akan membuatkan sos coklat nampak berkilat dan rasa lebih mewah.
  5. Biarkan suhu bilik sebelum dimasukkan ke dalam bekas kecil untuk dihidang.

Cara susunan:

Alas bekas dengan kertas checkered (seperti dalam gambar) bukan sahaja nampak cantik, tapi membantu menyerap lebihan minyak biskut atau mengelakkan biskut lemau jika bekas tertutup rapat.

dessert platter

Sumber: Nana Zaim

Baca juga: Resepi Agar-Agar Permata Guna 5 Bahan Paling Mudah, Cantik Macam Kristal & Menjadi Wajib Cuba

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN