jagung manis

Kalau ada jamuan sekolah anak atau potluck raya, jagung manis cup memang antara menu yang sering jadi pilihan. Bukan saja mudah disediakan, malah nampak menarik bila dihidangkan dalam bekas kecil.

Antara sebab jagung manis cup ni digemari ramai ialah rasanya yang lemak manis dan teksturnya yang lembut berkrim. Paling penting, semua peringkat umur memang suka tak kira usia. Budak-budak lagilah, dijamin berebut sebab dihidangkan dalam bekas kecil yang senang pegang dan tak bersepah.

Resipi ini juga sangat sesuai kalau nak buat untuk majlis atau dijadikan idea bisnes kecil-kecilan. Dengan hanya beberapa bahan asas, anda boleh hasilkan puluhan cup jagung manis yang sedap dan mengenyangkan. Jom cuba!

Baca juga: Resipi Churros Rangup, Bawa Ke Jamuan Sekolah Pasti Laku Keras & Tak Tinggal Baki!

RESEPI JAGUNG MANIS CUP

jagung manis

Bahan-bahan:

  • 2 pek jagung (anggaran 1 pek = 1.8kg)
  • 2 tin susu pekat manis
  • 2 tin susu cair
  • 2 sudu kecil garam halus
  • 8 sudu besar marjerin

Cara-cara penyediaan:

  1. Masukkan jagung ke dalam periuk. Jika menggunakan jagung beku, tidak perlu nyahbeku terlalu lama.
  2. Tambahkan susu pekat manis dan susu cair ke dalam periuk bersama jagung.
  3. Masukkan garam halus dan marjerin.
  4. Masak semua bahan menggunakan api sederhana sambil dikacau perlahan supaya tidak berketul atau hangit di bahagian bawah.
  5. Teruskan kacau sehingga adunan sedikit pekat dan marjerin betul-betul cair sebati dengan bahan lain.
  6. Setelah siap, tutup api dan biarkan seketika.
  7. Tuangkan puding ke dalam bekas kecil mengikut saiz yang diinginkan.
  8. Sejukkan pada suhu bilik dahulu, kemudian simpan dalam peti sejuk sehingga mengeras dan lebih sedap dimakan sejuk.

Sumber: Zakirah Zakaria

Baca juga: Resipi Ayam Susu Thai Homemade Lembut & Berjus, Cicah Dengan Sos Pedas Manis Lagi Syok!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN