lebihan makanan

Tindakan sebuah restoran mencetuskan rasa jijik dan kemarahan orang ramai selepas tular dakwaan penggunaan semula lebihan makanan yang telah dihidangkan kepada pelanggan.

Perkara itu didedahkan oleh seorang pengguna media sosial yang mendakwa menyaksikan sendiri seorang pekerja mencuci baki lauk di bahagian belakang premis sekitar jam 12.18 tengah malam pada Selasa. Difahamkan, sisa lauk seperti ayam, kambing dan tauhu yang dipercayai lebihan hidangan pelanggan dibasuh sebelum diasingkan ke dalam dulang.

Baca juga: Lelaki Ini Jual Ais Kacang Di Sweden Guna Mesin Dari Malaysia, Netizen Terkejut Tengok Harga!

LEBIHAN MAKANAN DIBASUH UNTUK DIJUAL SEMULA

lebihan makanan

Individu itu berkata, dia telah menegur perbuatan tersebut dan dimaklumkan bahawa sisa makanan berkenaan akan digunakan semula pada keesokan hari. Perkara itu menimbulkan rasa tidak selesa serta kebimbangan kerana melibatkan aspek keselamatan makanan dan kesihatan pengguna.

Tambahnya lagi, pada peringkat awal beberapa pekerja memberikan jawapan yang mengelirukan, namun akhirnya mengakui bahawa makanan tersebut memang akan dimasak semula dan dianggap tidak mendatangkan bahaya.

Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi orang ramai yang menyifatkan pengurusan sisa makanan perlu dilakukan mengikut garis panduan ketat bagi mengelakkan risiko pencemaran makanan. Ramai berpendapat bahawa lebihan makanan yang telah dihidangkan tidak wajar digunakan semula kerana boleh mengancam keselamatan pengguna.

Individu berkenaan berharap pihak berkuasa berkaitan dapat memantau dan mengambil tindakan sewajarnya sekiranya berlaku pelanggaran dalam pengendalian makanan. Orang ramai juga digesa agar lebih peka terhadap tahap kebersihan premis makanan serta segera melaporkan sebarang perkara mencurigakan demi melindungi kesihatan pengguna.

Sumber: Sinar Harian

Baca juga: Mak Cik Jual Nasi Lemak RM1.50 Undang Sebak, Setia Tunggu Bawah Panas Terik Walau Tiada Pelanggan

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN