kotak susu

Seorang barista di sebuah stesen minyak menjadi perhatian selepas seorang pelanggan berkongsi tindakan kreatif staf yang menggunakan kotak susu terpakai sebagai ‘cup holder’ minuman. Idea mudah tetapi praktikal itu bukan sahaja memudahkan pelanggan, malah turut mendapat pujian ramai kerana elemen kitar semula yang digunakan.

Menerusi perkongsian oleh pelanggan tersebut di laman sosial Thread, pelanggan berkenaan memberikan ‘rating’ lima bintang kepada barista terbabit sambil memuji usaha dan kreativiti yang ditunjukkan.

“Adik Barista Shell Perasing, sis bagi 5 bintang effort awak ni. Recycle selagi boleh.”

Baca juga: Dah 30 Tahun Kekal RM1.40 Sebiji! Ramai Terkejut Rupanya Ini Rahsia Karipap IKEA Tak Pernah Naik Harga

Idea Kreatif Kotak Susu Jadi Cup Holder

Dalam gambar yang dikongsikan, dua cawan minuman diletakkan kemas di dalam kotak susu yang diubah suai menjadi pemegang minuman. Cara itu nampak ringkas, tetapi cukup membantu terutama untuk pelanggan yang sedang memandu atau membeli beberapa minuman sekaligus.

Apa yang menarik perhatian ramai adalah kreativiti  tersebut. Daripada membuang kotak susu kosong, penjual memilih untuk menggunakannya semula sebagai alternatif cup holder.

Pendekatan seperti ini sebenarnya jarang dipandang orang, tetapi memberi impak besar dari sudut praktikal dan juga kesedaran terhadap amalan kitar semula dalam kalangan rakyat.

Netizen Puji Idea Bernas

Perkongsian tersebut turut menarik perhatian netizen yang rata-ratanya terhibur dan kagum dengan idea itu. Ada yang menyifatkan tindakan tersebut sebagai “simple but genius”, malah ada juga yang berharap lebih banyak premis mengamalkan pendekatan mesra alam seperti ini.

“Woww. Tengok yang ini macam lagi stabil dari yang biasa beli tu,” ujar salah seorang netizen.

“Ini seberul ya kita panggil reuse. But kudos to adik barista tu!” tulis pengguna lain.

Sumber: Thread dayyandiane

Baca juga: Jalan-Jalan Makan Sekitar Clock Tower Masjidil Haram, Ini ‘Spot’ Sedap Yang Ramai Jemaah Cari

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN