Hari Raya Haji yang telah lama dinantikan akhirnya bakal tiba tak lama lagi. Jika dapat bahagian hati lembu yang dibuat korban, anda boleh buat Hati Lembu Masak Pengantin.
Sesetengah orang tak tahu untuk memasak apa dengan hati lembu kerana ia jarang didapati pada hari biasa kecuali Hari Raya Haji.
Anda boleh ikut resipi yang dikongsikan oleh Ida Zairi di Facebook ini. Ia menarik perhatian ramai kerana terdapat petua membasuh hati lembu agar tak berbau. Jom cuba!
Baca juga: Cara Buat Hati Lembu Masak Lada Hitam, Menu Lauk Pengantin Orang Dulu-Dulu
Bahan-bahan:
Bahan-bahan hiasan:
Cara-cara:
1. Basuh hati lembu dalam 3 atau 4 kali, masukkan tepung dan biarkan sekejap, kemudian basuh semula. Jangan lupa selawat juga.
2.. Gaulkan hati lembu yang telah dibasuh tadi dengan garam dan serbuk kunyit.
3. Panaskan minyak dan goreng sekejap, kemudian angkat dan toskan.
4. Kisar bahan bertanda (*), tumis bersama 4 sekawan dan masukkan cili kisar, kemudian masak sekejap sehingga pecah minyak.
5. Masukkan sos tiram, kicap, serbuk lada hitam dan garam masala, kemudian masak sekejap.
6. Masukkn air dan hati lembu, kemudian masukkan kacang buncis dan bawang yang telah dipotong bulat.
7. Tunggu sehingga masak, kemudian angkat dan tabur bahan hiasan. Siap!
Mungkin rezeki anda untuk dapat beberapa bahagian daging lembu korban pada Hari Raya Haji kali ini, tapi tak perlu risau untuk menguruskan bahagian hati lembu.
Dengan resipi Hati Lembu Masak Pengantin ini, anda boleh jadikannya sebagai lauk juadah raya buat seisi keluarga di rumah.
Selamat mencuba!
Sumber: Ida Zairi
Baca juga: Daging Masak Merah, Tambah ‘Sos Ini’ Kalau Nak Merah Mengiurkan
Cara masak nasi tomato dengan ayam goreng sos tiram ini wajib dicuba jika anda mencari…
Sekali dalam seumur hidup, anda pasti pernah minum Teh Ais yang sedap dan padu dijual…
Apabila dengar cerita daripada keluarga atau rakan yang pernah ke Thailand dan makan Ayam Goreng…
Resepi asam pedas ayam menjadi fenomena selepas Khairul Aming berkongsikan cara memasak di laman sosial…
Pelbagai makanan tradisional yang ada di Malaysia dan semestinya kuih Onde Onde Gula Melaka menjadi…
Cucur udang resepi mak-mak ini pasti disukai ramai kerana setiap gigitan terasa nostalgianya. Sama macam…