Categories: Resipi

Onde Onde Gula Melaka Sedap Beraroma, Letak Sehelai Daun ‘Ini’ Semasa Rebus

Pelbagai makanan tradisional yang ada di Malaysia dan semestinya kuih Onde Onde Gula Melaka menjadi pilihan. Pergilah gerai kuih mana-mana pun, mesti ada kuih ini punyalah.

Onde Onde atau dipanggil juga buah melaka, kuih pancit atau klepon ialah sejenis kuih tradisional yang boleh didapati di negara-negara Asia Tenggara seperti Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura.

Kuih ini diperbuat daripada bebola yang diuli dari tepung pulut, garam, air dan daun pandan serta intinya sama ada menggunakan gula Melaka atau gula merah, kemudian direbus sebelum disaluti kelapa parut.

Sebenarnya, tak susah pun cara buat kuih Onde Onde Gula Melaka ini. Jika teringin, boleh ikut resipi yang dikongsikan oleh Kayana Ekafira di Facebook ini. Jom kita cuba!

Baca juga: Resepi Sagu Gula Melaka Sedap, Ada Petua Supaya Tak Hancur Dan Berketul

RESIPI ONDE ONDE GULA MELAKA

Bahan-bahan:

  • 250gram tepung pulut
  • 50gram tepung beras
  • Gula Melaka (sisir halus untuk inti, boleh guna gula merah juga)
  • 2 titis pewarna makanan hijau
  • Kelapa parut
  • Garam secukupnya
  • 1 helai daun pandan

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, kukus kelapa parut secukupnya yang diletakkan secubit garam selama 10 minit.

2. Sementara itu, boleh campurkan tepung pulut, tepung beras, secubit garam dan pewarna makanan hijau.

3. Selepas itu, gaul sampai sebati dan tuang air sedikit demi sedikit ke dalam campuran tepung.

4. Kemudian, uli sampai kalis dan mudah dibentuk.

5. Ambil satu senduk adunan, tekan dan letak inti gula Melaka, tutup kembali dan bentukkan sampai jadi bulat sempurna.

6. Seterusnya, didihkan air dalam periuk dan letak sehelai daun pandan.

7. Rebus kuih yang telah dibulatkan ke dalam air mendidih sampai ia masak.

8. Apabila kuih sudah terapung (tanda kuih sudah masak), boleh angkat dan toskan.

9. Akhir sekali, gaul dalam kelapa parut yang telah dikukus awal-awal tadi. Siap untuk dinikmati!

Sekali-sekala tekak teringin makan kuih tapi malas nak keluar untuk membelinya, bolehlah buat Onde Onde Gula Melaka ini. Baru satu suapan saja, pasti teringin nak makan lagi.

Selamat mencuba!

Sumber: Kayana Ekafira

Baca juga: Buah Melaka Ceria, Rasa Lembut Dan Manisnya Memang Klasik!

Aimi

Recent Posts

Teringin Kai See Hor Fun Ipoh? Ini Resipi Buat Kuah Sup Jernih Dengan Rasa Udang Yang Padu!

Kai See Hor Fun merupakan hidangan mi berkuah yang cukup popular di Ipoh, Perak. Hidangan…

2 hours ago

Tak Perlu Makan Di Kedai, Ini Resipi Nasi Khao Mok Thai Lengkap Dengan Ayam & Sosnya

Resepi nasi khao mok thai merupakan antara hidangan yang menarik untuk dicuba bagi penggemar masakan…

2 hours ago

Kuah Rojak Utara Pekat Dan Sedap, Ini Resipi Asli Tanpa Sos Cili Dan Bancuhan Tepung!

Rindu nak makan rojak dengan kuah yang pekat, manis, pedas dan cukup rasa? Rupanya, kuah…

3 hours ago

Rendang Ayam Cara Kampung, Tak Payah Tunggu Raya Baru Nak Makan!

Rendang ayam antara hidangan tradisional yang cukup digemari ramai, lebih-lebih lagi apabila dimasak dengan kuah…

3 hours ago

Tak Perlu Risau Lagi.. Gardenia Tampil Beri Penjelasan Isu Tular, Ujian Makmal Sahkan Produk Patuhi Piawaian

Gardenia Bakers (KL) Sdn Bhd tampil mengeluarkan kenyataan terbaharu susulan kebimbangan pengguna yang dibangkitkan baru-baru…

4 hours ago

Rahsia Buat Bihun Singapore Sedap Rupanya Tumis Udang Kering Macam Ini, Wangi Semerbak!

Cara buat bihun Singapore ini sesuai untuk mereka yang menggemari hidangan bihun goreng dengan rasa…

5 hours ago