Categories: Resipi

Halwa Maskat, Manisan Orang Dulu Dulu Yang Kian Dilupakan

Jom buat Halwa Maskat, manisan orang dulu-dulu yang semakin dilupakan ini. Zaman 80an dan 90an, memang popular manisan ini dulu kerana teksturnya yang sama seperti dodol.

Ia merupakan sejenis hidangan manis tradisi yang dihidangkan hanya pada hari perayaan dan antara hidangan istimewa Pulau Pinang.

Halwa maskat merupakan sejenis kuih berbentuk seperti manisan berbentuk segi empat seperti jeli yang dihasilkan dari minyak sapi, tepung, dan gula.

Baca juga: Kuih Pulut Wajik @ Wajid Ikut Sukatan Cawan, Hanya Guna 4 Bahan Ini Je

Mungkin kerana cara penyediaannya yang rumit dan memakan masa dari persediaan sehingga proses mengacau adunan secara berterusan membuatkan manisan ini semakin dilupai. 

Ini kerana, manisan ini perlu diperam selama tiga hari tiga malam sebelum dikacau pada api yang perlahan selama lima jam tanpa henti. Sekiranya tidak, campuran tersebut mungkin berkerak dan hangit.

Bagi yang merindui kenangan raya dulu-dulu, MyResipi ingin kongsikan resipi ini agar ia tidak akan hilang ditelan zaman. Kalau berminat nak buat, boleh saja ikuti resipinya di sini. 


RESIPI HALWA MASKAT

Bahan-bahan:

  • 1 kg tepung gandum
  • 1 kg gula pasir
  • 1 kg gula batu
  • 5 sudu tepung sagu
  • 1 tin sedang minyak sapi (500gm)
  • Sedikit buah pelaga
  • Badam dan Gajus
  • Sedikit air mawar

Cara-cara penyediaan:

1. Tepung gandum diuli menjadi sebuku doh, kemudian ambil doh tadi dan letak dalam satu besen atau bekas untuk mulakan proses membasuh tepung. Basuhkan doh tadi dengan cara tuangkan sedikit demi sedikit air anggaran 1/2 mug air, basuh doh ratakan dengan tangan pada doh dan airnya di simpan dalam bekas2 yang disediakan. Ulangi proses hingga tinggal getah sahaja pada doh tepung tadi. Ini bermakna air yang kita ketepikan dalam bekas dalam 3-4 bekas. Proses untuk basuh tepung makan masa anggaran 3 hingga 4 jam.

2. Air yang diketepikan dalam bekas tadi dibiarkan sehingga mendap tepungnya, buangkan air perlahan-lahan bila masuk hari pertama dan nampak jernih airnya iaitu keesokkan harinya dan tinggalkan kanji tepung sahaja. Tak boleh guna tapisan perlahan-lahan buangkan airnya. Lakukan proses yang sama sekurang-kurangnya 2 atau 3 hari jangan lebih nanti masam pula kanji tepung yang dimendapkan. Setiap kali air dibuang gantikan dengan air bersih yang baru, kacau sedikit dengan senduk kayu serta biarkan mendap untuk hari yang berikutnya.

3. Bagi proses untuk mengacau kueh ini pula, sediakan kuali atau genseng tembaga kalau ada lagi bagus yang agak besar untuk mengacaunya.

4. Mula-mula, ambil gula pasir anggaran 2 cawan di goreng untuk jadikan berwarna perang keemasan jangan sampai hangus, masukkan air anggaran 4-5 cawan dan masukkan pula baki gula pasir yang sekilo tadi bersama gula batu. Masakkan sehingga gula mencair dan air gula mendidih baru di masukkan kanji mendapan tepung yang dicampurkan dengan sekali ganda air. Masak adunan ini hingga sebati dan memekat seperti mengacau dodol perlu di kacau selalu.

5. Sambil adunan di kacau masukkan bancuhan tepung sagu bersama sedikit air dan kacau lagi sambil dimasukkan ghee atau minyak sapi sedikit demi sedikit. Kacau sekurang-kurangnya 4 jam. Masukkan juga sedikit air mawar dan sedikit buah pelaga yang dibuangkan kulitnya serta ditumbuk sedikit isinya. 

6. Bila halwa maskat dah masak elok akhir sekali masukkan badam dan gajus yang telah digoreng. Masukkan kuih halwa maskat ini ke dalam loyang atau bekas yang bersesuaian semasa ia masih panas untuk senang ditetal atau di ratakan. Hidangkan bila dah sejuk dengan potongkan kecil. Hias ia dengan badam, ceri, kismis atau yang bersesuaian.


Siap untuk dihidang! Manisan ini kurang sesuai untuk dijadikan sebagi makanan petang kerana cara penghasilannya yang rumit. Ia juga tidak dihasilkan secara harian dan hanya bagi acara istimewa seperti hari perayaan sahaja.

Oleh itu ia kurang popular dikalangan golongan muda. Sungguhpun begitu ia tahan lama, dan rasanya juga sedap.

Selamat mencuba!

Sumber: [1],[2]

Baca juga: Pulut Dakap Pisang Macam Orang Lama, Kuih Warisan Melayu Pantai Timur

Farhana Syahirah

Halal foodie. Gemar mencari content tentang makanan sambil travel!

Recent Posts

Madu Limau Kasturi Campur Halia, Buat Stok Siap-Siap Bila Musim Selesema

Madu limau kasturi untuk selesema ini sesuai dijadikan stok di rumah, terutama apabila tekak mula…

1 day ago

Resipi Lala Sos Tiram, Kuah Pekat Pedas Memang Buat Tak Cukup Sepinggan!

Resipi lala masak sos tiram antara hidangan yang biasa ditemui di meja makan kerana rasanya…

1 day ago

Petua Tauhu Tahan Lama, Ini 7 Cara Simpan Supaya Tak Cepat Masam & Berlendir

Petua tauhu tahan lama ini boleh dicuba kalau selalu beli tauhu tetapi tidak sempat masak…

1 day ago

Jangan Terkejut, Uncang Teh Rupanya Boleh Lepaskan Jutaan Mikroplastik Bila Direndam Air Panas!

Teh uncang memang mudah digunakan. Masukkan uncang ke dalam cawan, tuang air panas dan tunggu…

1 day ago

Resipi Terung Berlado Pecah Telur, Lauk Yang Ringkas Dibuat Tapi Membuka Selera!

Kali ini MyResipi ingin kongsikan resipi terung berlado pecah telur hasil rujukan daripada Puan Eniza…

1 day ago

Kek Pisang Moist, Guna Butter Campur Minyak Jadi Lebih Lembut & Tak Bantat

Dulu selalu buat kek pisang tetapi hasilnya bantat, malah ada yang naik elok dalam oven…

1 day ago