Minuman DIY untuk travel sangat penting bagi memastikan tubuh kekal segar ketika perjalanan jauh sama ada dengan kereta, kapal terbang atau bas.

Jika hanya mengharapkan minuman segera atau air manis, badan cepat letih dan tekak mudah kering sehingga boleh menjejaskan kesihatan.

Untuk kekal segar, cuba sediakan sendiri minuman sihat yang ringkas dan mudah dibawa.

5 pilihan minuman DIY ini bukan sahaja menyegarkan malah membantu tubuh lebih bertenaga sepanjang perjalanan.

Baca juga: Nak Cuti Tenang & Senang Cari Makanan Halal? Ini 6 Destinasi Travel Mesra Muslim Pilihan Ramai

1. Air Detoks Lemon dan Timun, Minuman Sihat Travel Paling Mudah

Minuman DIY untuk travel – infused water timun

Kredit foto: Nakita.ID

Antara pilihan minuman DIY paling mudah untuk travel ialah air detoks lemon dan timun. Minuman ini membantu menyingkirkan bahan buangan dan toksin berlebihan dalam badan dan mengurangkan rasa kembung.

Bahan yang diperlukan:
Air kosong sejuk 500ml
Beberapa hirisan lemon
Beberapa hirisan timun
Daun pudina

Cara penyediaan:
Campurkan semua bahan dalam botol air dan biarkan sekurang kurangnya 30 minit sebelum diminum. Anda juga boleh menambahkan ais untuk lebih kesegaran.

2. Teh Hijau Sejuk Madu dan Lemon, Minuman DIY untuk Travel Anti-Letih

Minuman DIY travel – air lemon madu

Kredit foto: Haibunda.com/ iStock

Teh Hijau Sejuk Madu dan Lemon adalah pilihan terbaik untuk memberi tenaga serta mengurangkan rasa mengantuk.

Bahan yang diperlukan:
Satu uncang teh hijau
Air panas 300ml
Satu sudu teh madu
Beberapa hirisan lemon
Ais secukupnya

Cara penyediaan:
Bancuh teh hijau dengan air panas dan biarkan suam seketika. Masukkan madu, hirisan lemon serta ais. Simpan dalam botol untuk dinikmati ketika travel.

3. Air Kurma Susu Minuman Homemade Travel Penuh Tenaga

Minuman DIY

Sekiranya anda travel jauh, Air Kurma Susu adalah resipi sesuai kerana ia mampu memberi tenaga pantas.

Bahan yang diperlukan:
3-4 biji kurma yang dibuang biji dan direndam seketika
Satu gelas susu segar atau susu oat
Sedikit serbuk kayu manis jika suka

Cara penyediaan:
Kisar semua bahan hingga halus. Simpan dalam termos kecil supaya tahan sejuk dan segar lebih lama.

4. Smoothie Pisang Oat, Minuman DIY untuk Travel yang Mengenyangkan

Minuman DIY

Minuman ini mengenyangkan dan sesuai diminum ketika sarapan sebelum memulakan perjalanan jauh. Kombinasi pisang, oat dan susu rendah lemak memberi tenaga berpanjangan serta membantu tubuh kekal segar.

Bahan yang diperlukan:
Sebiji pisang masak
Oat 3 sudu besar
Susu rendah lemak satu gelas
Satu sudu kecil madu

Cara penyediaan:
Kisar semua bahan hingga sebati dan tuang ke dalam botol.

5. Air Kelapa dengan Chia Seed, Minuman DIY Travel untuk Hidrasi

Minuman DIY

Kredit foto: Pa&ma

Air kelapa ialah sumber hidrasi semula jadi yang kaya mineral.

Dengan menyediakan sendiri minuman DIY untuk travel seperti air kelapa ini, secara tidak langsung anda boleh mengurangkan pengambilan minuman manis berlebihan.

Bahan yang diperlukan:
Satu botol kecil air kelapa asli
Satu sudu besar chia seed yang telah direndam sehingga kembang

Cara penyediaan:
Campurkan air kelapa dengan chia seed yang telah direndam. Simpan dalam peti sejuk sebelum dibawa ketika travel.

Tip Travel MyResipi

  1. Gunakan botol air bertutup rapat supaya tidak mudah tumpah dalam beg.
  2. Simpan minuman dalam cooler bag atau termos kecil agar tahan segar lebih lama.
  3. Elakkan minuman terlalu manis atau bergas kerana ia boleh membuatkan badan cepat penat.

Dengan 5 pilihan minuman DIY ini, perjalanan anda pasti lebih segar, bertenaga dan menyeronokkan.

REV Media Group melalui My Resipi, Sirap Limau, VOCKET dan Waktu Solat Malaysia memperkenalkan Halal Travel, kempen yang direka khas untuk membantu pelancong Muslim ke luar negara dengan tenang, selamat dan penuh yakin.

Ia adalah inisiatif menyeluruh yang membawakan panduan makanan halal, waktu solat & arah kiblat, tip perjalanan & keselamatan serta aktiviti ‘halal-friendly’ yang menarik.

Layari www.myresipi.com/halaltravelmy untuk maklumat lanjut.

Baca juga: 7 ‘Comfort Food’ Bila Travel Luar Negara, Ubat Rindu Bila Jauh Dari Rumah

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN