Bila merancang perjalanan jauh, perkara utama yang sering jadi cabaran ialah makanan. Bagi Muslim, mencari kudapan halal travel yang sihat, ringkas, dan mudah dibawa sangat penting supaya perjalanan lebih tenang tanpa risau soal halal.

Kali ini, MyResipi kongsikan 10 pilihan kudapan halal travel yang praktikal, sedap dan sesuai dijadikan teman perjalanan jauh anda.

Baca juga: Nak Cuti Tenang & Senang Cari Makanan Halal? Ini 6 Destinasi Travel Mesra Muslim Pilihan Ramai

JOM SEMAK PILIHAN KUDAPAN HALAL TRAVEL

1. Roti berserta sapuan kaya atau mentega kacang

Kredit foto: Gardenia

Roti gardenia atau roti wholemeal memang pilihan paling praktikal dijadikan kudapan halal travel. Ringan, tak cepat basi dan mudah dibawa.

Bila disapu dengan kaya, jem buah-buahan atau mentega kacang, ia terus jadi alas perut yang ringkas tapi mengenyangkan.

Tip: Potong roti siap-siap jadi segi empat kecil atau gulung supaya lebih senang dimakan dalam kereta/kapal terbang.


2. Sandwic telur / ayam mayonis

Sandwic memang sinonim dengan bekal perjalanan. Sediakan malam sebelumnya dengan inti telur rebus hancur, tuna, atau ayam mayonis.

Bungkus dalam cling wrap atau simpan dalam bekas kedap udara. Ia sesuai sebagai sarapan ringkas atau snek tengah hari bila perut mula berbunyi.

Tip: Gunakan roti wholemeal atau roti gandum penuh untuk kenyang lebih lama. Kurangkan mayonis supaya tak cepat basi.

3. Kudapan Halal Travel: Biskut Marie / Crackers

Kredit foto: Home Made Cake by Ani-Sha’s

Biskut jenis kering seperti Marie atau cream crackers sangat praktikal. Ia tahan lama, tidak bersepah dan boleh dimakan begitu sahaja.

Sesuai untuk anak-anak yang lapar cepat atau orang dewasa yang perlukan kudapan ringan.

Tip: Padankan dengan kepingan keju atau sapuan mentega kacang untuk menjadikan ia lebih sedap dan berkhasiat.

4. Buah-buahan potong (epal, anggur, jambu)

Kredit foto: Hello Doktor

Jangan lupa kudapan sihat! Buah-buahan segar seperti epal, anggur atau jambu sangat sesuai kerana tak cepat lembik dan tahan lama walaupun tanpa peti ais.

Selain memberi vitamin, ia juga membuatkan perjalanan lebih segar.

Tip: Potong siap-siap, simpan dalam bekas kecil atau ziplock bag. Elakkan buah yang mudah lembik seperti pisang atau betik bila travel jauh.

5. Salah Satu Kudapan Halal Travel: Kurma

Kurma kecil tapi padat dengan tenaga. Ia memberi rasa manis semula jadi, sesuai untuk mengembalikan tenaga cepat bila rasa letih.

Malah, ia pilihan paling praktikal jika travel dalam bulan Ramadan.

Tip: Simpan dalam bekas kecil dalam beg tangan supaya senang dicapai bila lapar tiba-tiba.

6. Nasi impit dan sambal bilis

Kalau nak rasa kenyang “makanan berat”, nasi impit memang bekal paling mudah. Ia tahan lama, tak bersepah dan sesuai dimakan dengan sambal bilis kering.

Ini memang bekalan klasik orang Malaysia bila balik kampung atau travel jauh.

Tip: Bungkus dalam pek kecil siap-siap. Elakkan sambal terlalu berminyak supaya tahan lebih lama.

7. Muffin atau kek cawan homemade

kudapan halal travel

Kredit foto: Rasa

Bagi yang suka manis, muffin atau kek cawan homemade lebih sihat berbanding makanan ringan.

Boleh buat siap-siap sehari sebelum travel, simpan dalam bekas kedap udara. Sesuai untuk sarapan, minum petang atau kudapan anak-anak.

Tip: Pilih resepi muffin yang ringkas, contohnya pisang atau coklat. Elakkan topping krim sebab mudah cair dan comot.

8. Popcorn (Kudapan Halal Travel)

 kudapan halal travel

Popcorn bukan sekadar kudapan dalam panggung wayang. Bila travel, ia pilihan ringan, tak cepat basi dan mengenyangkan juga.

Malah lebih sihat jika buat versi homemade tanpa terlalu banyak gula atau garam.

Tip: Bahagikan siap-siap dalam pek kecil supaya mudah diagih dalam kereta atau kapal terbang.

9. Kudapan Halal Travel: Kacang campur atau kuaci

kudapan halal travel

Kacang campur, badam atau kuaci sangat sesuai untuk perjalanan panjang.

Snek tinggi protein ini membantu memberikan tenaga, malah boleh mengelakkan rasa mengantuk bila memandu jauh.

Tip: Pilih kacang tanpa garam berlebihan untuk pilihan lebih sihat.

10. Air mineral, susu kotak UHT atau teh botol

 kudapan halal travel

Jangan lupa minuman! Kadang-kadang kita fokus pada makanan tapi terlupa air.

Air mineral penting untuk kekal hidrasi sepanjang jalan. Untuk anak-anak, susu kotak UHT sangat membantu bila mereka merengek lapar.

Kalau nak rasa segar, teh botol atau jus dalam pek kecil pun boleh dibawa.

Tip: Elakkan minuman bergas bagi mengelakkan perut cepat kembung bila travel jauh.

Travel yang menyeronokkan bermula dengan persiapan yang bijak.

Bila kita bawa makanan sendiri yang diyakini halal, bersih dan sedap, kita bukan sahaja mampu menjaga kesihatan sebaliknya dapat mengelakkan rasa waswas.

Oleh itu, selamat mencuba pilihan kudapan mesra travel ini, dan jangan lupa kongsikan versi anda di MyResipi.

Siapa tahu, idea anda mungkin jadi inspirasi untuk traveler halal seluruh dunia!

REV Media Group melalui My Resipi, Sirap Limau, VOCKET dan Waktu Solat Malaysia memperkenalkan Halal Travel, kempen yang direka khas untuk membantu pelancong Muslim ke luar negara dengan tenang, selamat dan penuh yakin.

Ia adalah inisiatif menyeluruh yang membawakan panduan makanan halal, waktu solat & arah kiblat, tip perjalanan & keselamatan serta aktiviti ‘halal-friendly’ yang menarik.

Layari www.myresipi.com/halaltravelmy untuk maklumat lanjut.

Baca juga: 7 ‘Comfort Food’ Bila Travel Luar Negara, Ubat Rindu Bila Jauh Dari Rumah

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN