gulai ikan talang kering

Jom buat Gulai Ikan Talang Kering Dan Nenas Tumis Darat. Anak-anak mesti suka kalau kali pertama baru merasa. Bagi yang duduk di utara, ini antara hidangan yang popular dan wajib masak di rumah. 

Bila makan dengan nasi putih panas-panas, memang bertambah-tambah pinggan dibuatnya. Makan dengan nasi lemak pun sedap tau! 

Baca juga: Gulai Udang Dengan Tempe Dan Buncis, Mudah Dan Sedap! 

Kalau kenduri kahwin, ia juga antara menu wajib untuk disajikan kepada tetamu dan juga lauk pengantin

Resipi gulai ikan talang kering dan nenas tumis darat ini telah dikongsikan sendiri oleh Cik Puan Mdm Kelly menerusi laman Facebook. Memang mudah perkongsian beliau dan korang boleh ikut langkah demi langkah di bawah.


RESIPI GULAI IKAN TALANG KERING DAN NENAS TUMIS DARAT

gulai ikan talang kering

Portion hidangan: 3-4 orang makan

Bahan-bahan:

  • 1-2 labu bawang besar*
  • 3-4 ulas bawang putih*
  • Serbuk kari ikan kering atau serbuk kari ikan pun ok.
  • 2 cawan santan
  • 1-2 cawan air
  • Ikan masin yg ada tulang lagi sedap – rendam dulu
  • Nenas – potong kecil

Bahan tumis darat:

  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Daun Kari
  • 5-6 tangkai cili kering
  • Halba campur

Cara-cara memasak: 

1. Kisar bahan bertanda * ini dan gaul dengan serbuk kari masak dengan api perlahan.

2. Jika kering tambah air sikit. Anggaran 10-15 minit.

3. Masukkan santan, air biar hingga mendidih. Kemudian masukkan nenas dan ikan, masak hingga sebati.

4. Untuk garam jgn letak banyak sebab ikan dah masin.

5. Dah cukup rasa boleh tutup api.

6. Kemudian dalam kuali lain masukkan minyak dan tumis bahan tumisan hingga garing. Kemudian gaul dengan gulai tadi.

7. Siap untuk dihidang!


Mudah saja kan? Nak pula bila menumis itu, bau-baunya sahaja pun dah buat perut kita berkeroncong. Kalau kahwin dengan orang utara, jangan lupa pikat pasangan atau mertua dengan hidangan ini.

Mesti terus jadi menantu kesayangan bila ikut resipi ini. Terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Mdm Kelly kerana sudi berkongsi resipi ini kepada semua.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Makanan Orang Dulu-dulu, Gulai Ikan Masin Tumis Darat 

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN