Gulai Ikan Masin Tumis Darat, menu tradisi mudah yang jadi kegemaran ramai. Lauk ini sangat enak dimasak menggunakan Ikan Talang.
Terasa nikmat dalam setiap suapan. Bagi anda yang suka, pasti tahu beratap nikmatnya. Makin diperangat, makin enak kuahnya.
Baca juga: Mudahnya Nak Buat Gulai Darat Daging, Tak Perlu Tumis Pun
Jom cuba resipi perkongsian dari Mariana Zainal ni. Sesuai dijadikan menu makan tengahari.
Bahan-bahan:
Bahan Kisar:
Bahan Tumis Darat:
Cara memasak:
1.Rendam potongan ikan masin dalam air panas untuk kurangkan rasa masin. Kemudian basuh dan toskan.
2. Satukan bahan kisar, air asam jawa, rempah kari, gula dan sedikit perasa dalam periuk atau kuali. Masak selama 5 minit untuk bagi rempah masak elok.
3. Kemudian masukkan santan. Apabila santan mula mendidih, masukkan terung bulat.
4. Bila terung bulat sudah mula lembut, masukkan ikan masin. Masak guna api sederhana dan kena kacau selalu untuk elakkan santan pecah minyak.
5. Apabila kuah gulai mula mendidih ganas, masukkan kacang panjang. Tunggu sayur lembut.
6. Sesuaikan rasa mengikut selera masing-masing. Tambah garam jika perlu tapi harus rasa terlebih dahulu. Tutup api. Ketepikan.
7. Dalam kuali lain, panaskan minyak dan tumis bahan tumis darat hingga agak garing.
8. Kemudian tuang bahan tumis darat dalam kuah gulai tadi sekali dengan minyaknya sekali.
9. Gulai Ikan Tumis Darat siap untuk dinikmati.
Nota tambahan: Gulai ini sedap jika diletak nanas. Tetapi jika tambah nanas, jangan letak air asam hawa atau asam keping.
Selamat mencuba.
Kek coklat lapis cream cheese ini sesuai untuk yang suka gabungan kek coklat dengan lapisan…
Ikan tongkol goreng boleh jadi sangat sedap kalau kena cara memasaknya. Kalau selama ini ikan…
Ikan siakap masak sup ini sesuai dijadikan hidangan seisi keluarga kerana kuahnya ringan, tetapi tetap…
Paru goreng memang menjadi pilihan ramai sebagai lauk sampingan, terutama apabila dihidangkan bersama nasi lemak.…
Kalau suka lauk yang masam, pedas dan penuh aroma, ayam singgang ini memang boleh buat…
Telur rambu memang nampak mudah dibuat, tetapi nak mendapatkan helaian yang nipis, halus dan sekata…