
Fruit Pastry Cake memang antara kek yang simple tapi nampak cantik bila dihidangkan, terutama dengan lapisan buah-buahan segar di atasnya. Teksturnya yang lembut dan rasa manis berlemak buatkan kek ini sesuai sangat dijadikan menu minum petang atau hidangan istimewa untuk tetamu.
Kadang-kadang bila teringin nak makan kek, tak semestinya kita perlu beli di kedai. Dengan bahan asas yang ada di dapur pun, kita dah boleh hasilkan kek buah yang nampak ‘premium’ dan sedap dimakan panas-panas atau sejuk dari peti ais.
Menariknya resipi ini, ia tidak terlalu rumit dan tak perlukan teknik baking yang susah. Hanya perlu pukul, gaul dan bakar sahaja, kemudian boleh terus susun buah kegemaran ikut kreativiti sendiri.
Baca juga: Resipi Kek Pisang Walnut Gebu, Ikut Sukatan Ini Supaya Naik Cantik & Tak Bantat
RESIPI FRUIT PASTRY CAKE

Bahan A:
- 100g salted pure butter
- 160g gula kastor
- 60g yogurt
Bahan B:
- 4 biji telur saiz B
- 1 sudu kecil esen vanila
Bahan C:
- 210g tepung naik sendiri
Bahan Topping:
- Buah-buahan seperti peach, strawberry, blueberry atau kiwi (ikut cita rasa)
Cara-cara penyediaan:
- Pukul bahan A iaitu butter, gula castor dan yogurt sehingga kembang dan teksturnya menjadi lebih pucat.
- Masukkan bahan B iaitu telur satu persatu. Pukul hingga semua bahan sebati dan adunan nampak licin.
- Tambahkan bahan C dan gaul atau pukul sekejap sahaja hingga rata. Jangan overmix supaya kek tidak jadi padat.
- Tuang adunan ke dalam loyang saiz 8 inci yang telah dialas atau disapu sedikit butter.
- Susun buah-buahan di atas adunan mengikut kreativiti masing-masing.
- Tip supaya buah tidak tenggelam, pastikan buah dipotong nipis dan tidak terlalu tebal.
- Bakar pada suhu 150°C selama lebih kurang 45 minit atau ikut kepanasan oven masing-masing sehingga masak.
Sumber: Thread @small_kitchen21
Baca juga: Resepi Kek Butter Moist Gebu, Harum Semerbak & Lembut Di Setiap Gigitan
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














