kek pisang walnut

Kek pisang walnut antara kek yang tak jemu dimakan. Gabungan pisang yang manis semula jadi dengan tekstur kacang yang rangup membuatkan setiap gigitan terasa lebih istimewa.

Lagi sedap kalau guna pisang berangan sebab baunya lebih harum dan rasa pun lebih ‘naik’. Namun, boleh juga guna pisang emas kalau tiada pisang berangan.

Resipi ini menggunakan acuan 9 inci atau 10 inci, jadi sangat sesuai untuk dibawa ke jamuan atau sebagai buah tangan.

Baca juga: Resipi Kek Butter Oren Yang Lembut Menggoda, Minum Petang Jadi Lebih Istimewa!

RESEPI KEK PISANG WALNUT GEBU

kek pisang walnut

Bahan-bahan:

  • 350 gm pisang berangan atau pisang emas (pisang berangan lebih harum), dilecek
  • 400 gm tepung naik sendiri (diayak)
  • 250 gm mentega (dicairkan dan disejukkan)
  • 6 biji telur
  • 300 gm gula perang
  • 1 cawan walnut (dicincang kasar)
  • 2 sudu teh esen vanila
  • 2 sudu besar ovalette
  • 1 sudu teh garam

Cara-cara penyediaan:

  1. Masukkan ovalette, telur, gula perang dan garam ke dalam mangkuk pengadun. Pukul hingga adunan kembang dan pucat.
  2. Masukkan tepung yang telah diayak bersama pisang yang dilecek. Pukul lagi sehingga adunan mengembang, pekat dan apabila diangkat, adunan jatuh perlahan membentuk riben (ribbon stage).
  3. Gaulkan walnut dengan sedikit tepung, kemudian masukkan ke dalam adunan. Simpan sedikit walnut untuk ditabur di bahagian atas kek.
  4. Perlahankan kelajuan pengadun ke tahap paling rendah. Tuang mentega cair sedikit demi sedikit sambil terus diputar. Pukul sekejap sahaja sehingga mentega sebati.
  5. Gunakan spatula untuk mengacau dan mengaup adunan dari bahagian bawah mangkuk supaya mentega bercampur rata sepenuhnya. Gaul hingga sebati.
  6. Tuang adunan ke dalam acuan yang telah dialas kertas baking dan digris. Jika suka, susun kepingan pisang yang dipotong bulat bersama walnut di atas permukaan adunan.
  7. Bakar pada suhu 170°C selama 40–45 minit atau sehingga kek masak. Masa membakar bergantung pada ketebalan adunan dan saiz acuan.

Sumber: Resepi Eny Abdullah

Baca juga: Resipi Kek Coklat Mini Kukus Dengan Topping Leleh, Lembut Sampai Cair Dalam Mulut!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN