Kalau anda pencinta donat, mesti pernah dengar tentang donut kapas yang lembut dan gebu. Tak payah beli di luar, anda boleh buat sendiri di rumah dengan resipi mudah ini.
Donut kapas mula menjadi kegemaran ramai sejak ia mula tular di media sosial. Teksturnya yang lembut, ringan dan gebu membuatkan sesiapa saja teringin mencubanya.
Di Facebook, Aziey Mazalan mencuri perhatian ramai apabila beliau berkongsi resipi donut kapas yang tak menggunakan susu tepung dan menggantikannya dengan susu pekat. Jom kita cuba!
Baca juga: Resepi Donut Ball Mudah & Gebu Gebas, Sekali Gigit Cair Dalam Mulut!
Bahan A:
*Tips: ais bantu membantu menjadikan donat lebih lembut. Jangan risau, ais takkan rosakkan mixer.
Bahan B:
Cara-cara buat:
1. Campurkan semua bahan A dalam mixer.
2. Uli kira-kira 5 minit.
3. Masukkan bahan B dan teruskan menguli hingga adunan licin.
4. Bahagikan adunan dan bulatkan (rounding).
5. Bentukkan donat guna acuan.
6. Proofing 30 hingga 45 minit secara terbuka (jangan lebih masa, nanti ada kesan jari).
7. Goreng dengan api sederhana hingga perang keemasan.
Tips tambahan:
Selamat mencuba!
Sumber: Aziey Mazalan
Baca juga: Donut Bomboloni Anti Gagal, Hasil Jadi Gebu Gebas Dengan Resipi Ini!
Masalah perut kembung dan rasa tidak selesa akibat angin memang boleh mengganggu aktiviti harian. Ada…
Puding biskut cream cracker ini boleh jadi idea menarik kalau ada lebihan biskut yang sudah…
Sayur kailan ikan masin antara hidangan yang cukup digemari kerana gabungan rasa pedas dan masin…
Pisang antara buah yang mudah masak ranum, lebih-lebih lagi apabila cuaca panas. Jika terbeli pisang…
Terasa ingin makan kek coklat yang lembut, lembap dan kaya dengan rasa koko? Resepi kek…
Daging masak rempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau makan…