Hidangan ikonik halal di Hungary kini semakin mendapat perhatian pelancong Muslim yang ingin mencuba citarasa Eropah Tengah tanpa risau tentang status halal.
Negara ini terkenal dengan seni bina klasik, budaya kafe yang menarik, serta suasana bandar Budapest yang bersejarah.
Walaupun komuniti Muslim di Hungary masih kecil, namun semakin banyak restoran dan kafe memperkenalkan versi halal bagi makanan tradisional mereka.
Bagi anda yang mungkin merancang untuk bercuti kesana, ini antara hidangan ikonik Hungary yang halal dan pasti digemari seisi keluarga.
Goulash adalah sup pekat yang dimasak bersama daging lembu, kentang, lobak merah dan paprika yang merupakan ramuan utama dalam masakan Hungary.
Versi halalnya boleh didapati di beberapa restoran seperti Sultan Turkish Restaurant atau Baalbek Lebanese Restaurant di Budapest.
Rasanya yang berempah ringan dan tidak terlalu pedas amat sesuai untuk anak kecil.
Lángos ialah roti goreng leper yang biasanya dihidang panas bersama keju parut, krim masam dan bawang putih.
Beberapa gerai di pasar halal sekitar Lehel Market dan Great Market Hall menawarkan versi yang dijamin halal.
Kanak-kanak pasti suka kerana rasanya mirip pizza mini dan mudah dimakan semasa berjalan-jalan.
Hidangan tradisional ini terkenal di tebing Sungai Danube.
Jika sebelum ini pengunjung berasa was-was untuk menikmati hidangan ini, kini beberapa restoran halal di Budapest menyediakan versi menggunakan ikan segar dan rempah tulen Hungary.
Sup ini sesuai dinikmati bersama roti baguette lembut untuk makan tengah hari keluarga.
Kürtőskalács atau ‘chimney cake’ ialah manisan berputar dibakar hingga rangup di luar dan lembut di dalam, biasanya ditabur gula, coklat atau kayu manis.
Di Karaván Street Food Park, terdapat kiosk yang menyediakan pilihan halal dan vegetarian.
Anak-anak pasti teruja melihat cara ia diputar dan dibakar secara langsung.
Paprikás Csirke ialah hidangan ayam berkuah pekat dengan campuran paprika dan krim.
Restoran halal Turki dan Bosnia di sekitar District VII (Erzsébetváros) sering menawarkan versi halal menu ini.
Rasanya lemak berempah dan sangat sesuai dinikmati bersama nasi atau roti.
Setiap hidangan ikonik ini menjadikan Hungary pilihan unik bagi keluarga Muslim yang mahu mencuba pengalaman kulinari baru di luar destinasi popular seperti London atau Paris.
REV Media Group melalui MyResipi, Sirap Limau, VOCKET dan Waktu Solat Malaysia memperkenalkan Halal Travel.
Ia adalah kempen khas untuk membantu pelancong Muslim ke luar negara dengan lebih tenang, selamat dan penuh yakin.
Inisiatif ini membawakan panduan makanan halal, waktu solat & arah kiblat, tip perjalanan & keselamatan serta aktiviti halal-friendly yang menarik.
Layari www.myresipi.com/halaltravelmy untuk maklumat lanjut.
Baca juga: Ini Senarai Makanan Halal yang Mudah Dimakan untuk Anak ‘Picky Eater’ Semasa Travel
Masalah perut kembung dan rasa tidak selesa akibat angin memang boleh mengganggu aktiviti harian. Ada…
Puding biskut cream cracker ini boleh jadi idea menarik kalau ada lebihan biskut yang sudah…
Sayur kailan ikan masin antara hidangan yang cukup digemari kerana gabungan rasa pedas dan masin…
Pisang antara buah yang mudah masak ranum, lebih-lebih lagi apabila cuaca panas. Jika terbeli pisang…
Terasa ingin makan kek coklat yang lembut, lembap dan kaya dengan rasa koko? Resepi kek…
Daging masak rempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau makan…