makan sushi salmon

Sushi merupakan salah satu makanan tradisi negara Jepun yang kini makin terkenal di serata dunia termasuk Malaysia. Sushi diperbuat daripada nasi yang dicampur dengan cuka, rumpah laut dan makanan laut (mentah/dimasak), kemudian dimakan bersama wasabi serta kicap cair.

Namun, tidak semua orang boleh menerima hidangan ini lagi-lagi jika sushi salmon kerana salmon tersebut mentah.

Jika tak pernah makan sushi salmon, mungkin reaksi anda akan sama dengan lelaki dalam video yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok, @helensua9098.

Rakan cabar makan sushi

Difahamkan, dia telah dicabar oleh kawan-kawan untuk mencuba sushi salmon di Sushi King tanpa membuat apa-apa reaksi muka.

Menyahut cabaran rakannya, dia lalu menyuap seketul sushi namun apabila cuba untuk mengunyah sushi tersebut, dia kelihatan tidak dapat menahan diri dari membuat ‘muka’.

Dilihat seperti ingin muntah kerana tidak suka dengan rasa dan tekstur sushi tersebut. Jelaslah bahawa makanan itu tidak menepati selera tekaknya.

Lebih lucu lagi, rakan-rakannya hanya mampu tergelak apabila melihat reaksi lucu rakan mereka.

Netizen terhibur, kongsi pengalaman sama

Menerjah ke ruangan komen, netizen turut berasa terhibur dengan gelagat lelaki tersebut. Malah ada yang turut berkongsi pengalaman yang sama.

Lihat video penuh:

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN