dapur tempur

Dapur Tempur, sebuah program realiti masakan terbaharu di TV9 ini telah membawakan 8 pasangan keluarga yang minat memasak untuk berentap menjadi juara.

Bagi anda yang sudah lama tertunggu program realiti masakan, boleh tonton rancangan Dapur Tempur yang bakal bersiaran bermula 3 November 2022 ini, setiap hari Khamis, jam 8.30 malam di TV9.

Program yang bersiaran sebanyak 8 episod ini juga boleh ditonton melalui strim langsung secara HD di www.tonton.com.my.

Baca juga: OHSEM ADS 2022 Sasar Untuk Bantu 3,000 Pengusaha SME

Menurut Pengurus Besar Pengurusan Kandungan & Siaran TV9, Puan Khairunnisa Kamarulzaman, program Dapur Tempur adalah program realiti masakan pertama yang akan bersiaran di TV9 setelah penjenamaan semula stesen tv ini pada tahun lepas.

“Sudah pastinya kami amat teruja untuk menyajikan program realiti terbaharu kepada penonton setia kami kerana ia bakal menghiburkan seisi keluarga setiap malam Khamis dengan pelbagai gelagat peserta yang bertanding serta mereka juga bakal mendapat tips-tips masakan yang boleh dimanfaatkan.

“Seiring dengan imej Janji Happy di TV9 yang menjadi destinasi keluarga yang menghidangkan barisan program untuk tontonan keluarga, kami juga berharap agar program Dapur Tempur ini bakal menjadi rancangan pilihan keluarga di Malaysia.

“Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada penaja bersama Panasonic dan NONA yang turut sama memeriahkan lagi program Dapur Tempur,” katanya dalam sidang media semalam.

Sudah Buat Uji Bakat Februari Lepas

8 pasangan peserta yang berlawan dalam program Dapur Tempur.

Sesi uji bakat telah diadakan seawal Februari 2022 untuk mencari pasangan keluarga yang mahir memasak kerana kumpulan peserta terpilih perlu menyediakan dua hidangan menarik mengikut tema yang telah ditetapkan setiap minggu.

8 pasangan keluarga yang terpilih sebagai peserta adalah:

  • Pasangan bapa & anak saudara “Pendekar Malaya” (Irfan Hariz S Miswandi, 20 & Mohd Haizal Ismail, 47)
  • Pasangan biras “AA” (Rahayu Jani, 48 & Mariani Mustafa, 45)
  • Pasangan ibu & anak “Sudap Sudip” (Halifah Jaafar, 59 & Muhammad Ariff Haron, 37)
  • Pasangan kakak & adik “Seketul Rasa” (Idziatul Shima Samarudin, 42 & Muhammad Hanis Samarudin, 32)
  • Pasangan suami isteri “Selerak Selegho” (Muzhaffar Mohamed, 32 & Shaidhatul Aqmalis Zainul Akmal, 29)
  • Pasangan abang & adik “Zest” (Mohd Hafzy Mohd Yusof Senusi, 45 & Norhaiza Mohd Yusof Senusi, 36)
  • Pasangan kakak & adik “9Siblings” (Nusaybah Che Anuwa, 38 & Tasnim Che Anuwa, 29)
  • Pasangan suami isteri “Masam Manis” (Syed Abdul Muiz Syed Zulkifli, 38 & Nor Arieni Adriena Mohd Ritzal, 31).

Juara Dapur Tempur bakal memenangi hadiah wang tunai RM6,000 beserta ketuhar stim cubie Panasonic dan bekalan produk NONA selama setahun manakala naib juara bakal memenangi hadiah wang tunai RM4,000 dan periuk nasi IH Panasonic.

Pemenang mingguan pula membawa pulang hadiah wang tunai RM500 tajaan NONA manakala pemenang cabaran NONA dalam episod-episod tertentu membawa pulang hamper produk NONA bernilai RM1,000.

Dapur Tempur dibawakan oleh penaja bersama Panasonic, “Hidup sihat setiap hari bersama Panasonic” dan NONA, “Jom #NONAKanHarimu, Pelbagai Rasa, Semudah Rasa dan Seenak Rasa”, manakala MyResipi selaku rakan digital rasmi.

Program ini menampilkan Yasmin Hani sebagai hos manakala juri tetap pula digalas oleh Sheila Rusly serta Chef Adu Amran.

Setiap episod juga menampilkan juri-juri jemputan yang akan sama-sama menilai aneka hidangan oleh peserta Dapur Tempur.

Antara juri jemputan Dapur Tempur adalah Nana Mahazan, Ayda Jebat, Afifah Nasir, Naim Daniel, Ropie, Sissy Imann, Bell Ngasri, dan Michael Ang.

#myPanasonic #PanasonicCooking #Nona #NonakanHarimu #DapurTempur #TV9Malaysia #149 #JanjiHappy

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN