PENULIS

myResipi

KATEGORI

Artikel

POSTED ON

2020-10-28 04:46:37

Dah masak tengah hari ke belum tu? Untuk yang suka makan kari tu boleh cuba resepi enak yang dikongsikan oleh Farah Syuhada di laman Facebooknya.

Bahan-bahanya :

● 1 ekor ikan tongkol – bersihkan dan dipotong-potong.

Kredit: Farah Syuhada

● 5 biji bendi – dipotong pangkal dan hujung

● 1 biji terung bulat – potong baji

● 1 biji tomato – potong baji

● 2 biji bawang merah – tumbuk

● 1 ulas bawang putih – tumbuk

● 1 cm halia – tumbuk

Kredit: Farah Syuhada

● 2 sudu makan cili giling

● 1 paket kecil serbuk kari

● 1/2 cawan air asam jawa

● 1 cawan air

● 2 cawan santan pekat

● minyak secukupnya

● gula dan garam secukup rasa

● sedikit daun kari

 

Cara memasaknya :

1. Tumiskan bahan tumbuk. Bila dah kekuningan masukkan cili giling. Tumis sampai agak garing. Masukkan air asam jawa. Masukkan serbuk kari sekali. Tumis bahan-bahan sampai garing.

2. Masukkan 1 cawan air dan 1 cawan santan. Masukkan juga terung dan bendi serta ikan tongkol. Masak sampai mendidih.

3. Masukkan 1 cawan santan lagi. Perasakan juga dengan garam dan gula. Biarkan mendidih sekali lagi dan masukkan tomato sekejap.Bolehlah diangkat dan dihidangkan.

Kredit: Farah Syuhada

 

Selamat mencuba!! 

 

Kredit: Farah Syuhada

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN