daging singgang

Kalau sebut menu kampung yang paling menyegarkan ketika Ramadan, memang ramai akan teringat daging singgang. Hidangan berkuah jernih ini bukan sahaja mudah dimasak, malah rasanya masam-masam berempah yang sangat membuka selera selepas seharian berpuasa.

Menariknya, resipi ini menggunakan bahan dapur asas sahaja, tetapi hasilnya cukup padu, wangi dan menyelerakan. Jom cuba buat sendiri di rumah!

Baca juga: Udang Masak Singgang Menyegarkan, Resipi Campak-Campak Ini 15 Minit Terus Siap

RESIPI DAGING SINGGANG

daging singgang

Bahan-bahan:

  • Tulang atau daging – hiris nipis
  • Halia – hiris
  • Lengkuas – hiris
  • Bawang merah – hiris
  • Bawang putih – hiris
  • Serai – diketuk
  • Lada kering – tumbuk kasar bersama biji ketumbar
  • 1 sudu ketumbar – tumbuk kasar
  • Asam keping
  • 1 sudu teh budu (pilihan)
  • Sedikit belacan bakar
  • Garam secukupnya
  • Nise / gula melaka secukupnya

Cara-cara penyediaan:

1. Gaulkan daging atau tulang dengan budu terlebih dahulu (jika guna).

2. Rebus sehingga daging empuk.

3. Masukkan lada kering dan ketumbar yang telah ditumbuk.

4. Tambahkan bawang putih, bawang merah, halia, lengkuas, serai dan asam keping.

5. Renehkan sehingga kuah naik aroma.

6. Perasakan dengan garam dan nise secukupnya.

7. Masak hingga semua bahan sebati dan siap dihidangkan.

Tips Supaya Daging Singgang Lagi Sedap

  • Hiris daging nipis supaya cepat empuk
  • Reneh lama untuk kuah lebih berperisa
  • Tambah belacan bakar untuk rasa lebih kick
  • Guna daging bertulang untuk kuah lebih manis

Daging singgang memang antara lauk tradisional yang tak lapuk dek zaman. Rasanya ringkas, sihat dan sesuai untuk semua peringkat umur.

Kalau anda sedang cari idea lauk berbuka yang mudah, menyelerakan dan tidak berminyak, resipi daging singgang ini memang wajib cuba.

Selamat mencuba!

Sumber: Mohamad Ridhuan Othman

Baca juga: Resipi Ikan Masak Singgang Cara Mak-Mak, Kuah Cukup Ringan Menggoda!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN