Ramai yang suka Daging Masak Hitam sedap dan menyelerakan sebagai lauk kenduri. Oleh itu, kami nak kongsikan resipi dengan langkah yang mudah untuk memasaknya di rumah.
Daging Masak Hitam merupakan salah satu hidangan tradisional yang terkenal dengan warnanya yang gelap pekat serta rasa manis, pedas dan berempah.
Sha Zi Ra telah kongsikan resipi Daging Masak Hitam sedap di Facebook dan boleh dikatakan cara memasak lauk ini sebenarnya sangat mudah. Jom kita cuba!
Baca juga: Cara Lembutkan Daging Lebih Cepat & Jimat Gas, Guna Periuk Nasi Saja!
Bahan-bahan perapan:
Bahan-bahan kisar:
Bahan lain:
Cara-cara memasak:
1. Mula-mula, perapkan daging bersama bahan-bahan perapan dalam peti sejuk semalaman. Jika untuk makan malam, perap selama 4 jam.
2. Selepas itu, kisar semua bahan yang disenaraikan kecuali kismis.
3. Tumiskan rempah 4 sekawan dan masukkan bahan kisar tadi, kemudian tunggu sampai pecah minyak.
4. Apabila sudah pecah minyak, masukkan kismis yang dikisar dengan secawan air, gaul sebati dan masukkan daging yang telah diperap.
5. Kemudian, letak asam keping. Jika tak suka, boleh ganti dengan asam jawa. Tak perlu tambah air sebab nanti daging akan keluarkan air sendiri.
6. Masak selama 3 atau 4 jam bergantung kepada keliatan daging. Jika kuah kering, boleh tambah air lagi.
7. Apabila daging sudah empuk, boleh letak gula, garam dan perasa secukupnya. Siap untuk dihidang!
Jika belum pernah buat Daging Masak Hitam sedap, sekaranglah masa untuk cuba memasak lauk ini di rumah. Sesiapa yang makan, pasti takkan lupa kesedapannya sampai bila-bila.
Selamat mencuba!
Sumber: Sha Zi Ra
Baca juga: Daging Masak Hitam Kenduri, Resipi Tak Guna Banyak Bahan Tapi Padu Teramat
Petua chili oil tahan lama antara perkara yang sering dicari, terutama bagi mereka yang gemar…
Kuey teow Hong Kong antara menu yang menjadi pilihan ramai apabila teringin menikmati hidangan mi…
Ada kalanya, menu makan malam yang berbeza daripada kebiasaan boleh menaikkan selera selepas seharian sibuk…
Kuih serabai mungkin nampak seperti hidangan tradisional biasa, tetapi sajian warisan ini berjaya mendapat perhatian…
Resipi ikan bilis sambal goreng antara hidangan yang mudah disediakan dan sesuai dijadikan stok lauk…
Kimchi merupakan makanan tradisional Korea yang diperbuat daripada kubis Cina melalui proses fermentasi. Selain rasanya…