Categories: Resipi

Daging Hitam Pekat Berempah Cara Kampung, Sesuai Jadi Menu Raya Selain Rendang Yang Padu Rasanya

Setiap kali tiba Hari Raya Aidilfitri, selain rendang ramai juga yang mencari lauk tambahan untuk dihidangkan kepada keluarga dan tetamu. Salah satu menu yang sering jadi pilihan ialah daging hitam kerana rasanya yang pekat, berempah dan sangat menyelerakan bila dimakan dengan nasi putih panas, lemang atau ketupat.

Perkongsian resipi daging hitam ini dikongsikan oleh Aleeya Hakimi yang memasak hampir 2½ kg daging untuk jamuan keluarga sempena kenduri adiknya. Dengan gabungan bahan kisar, rempah ratus, santan dan kerisik, hasilnya memang pekat, wangi dan sangat sesuai dijadikan menu istimewa untuk hidangan Raya.

Baca juga: 13 Petua Lembutkan Daging Yang Liat, Rupanya Ramai Tak Tahu Tips No. 5 Paling Berkesan!

RESIPI DAGING HITAM PEKAT BEREMPAH

Bahan utama:

  • 2½ kg daging batang pinang (potong besar kira-kira 2 ruas jari)

Bahan goreng dan kisar:

  • 20 – 30 tangkai cili kering (cili sederhana pedas)
  • 10 – 15 ulas bawang merah
  • ½ sudu besar jintan manis
  • 5 ulas bawang putih
  • ½ sudu besar jintan putih
  • ½ sudu besar ketumbar

Goreng semua bahan ini sehingga bawang sedikit layu dan cili kering menjadi garing. Kemudian kisar sehingga halus.

Bahan-bahan tumbuk:

  • 1 batang kulit kayu manis
  • 3 bunga lawang

Goreng sebentar hingga wangi, kemudian tumbuk halus.

Bahan-bahan lain:

  • 1 sudu kecil lada hitam (ditumbuk kasar)
  • Kicap manis secukupnya
  • Gula nisan secukupnya
  • 4 sudu besar kerisik
  • Santan daripada 1 biji kelapa (ambil pati sahaja)
  • 3 – 4 batang serai (dititik)
  • 3 – 5 biji buah pelaga
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 3 bunga lawang
  • 3 helai daun pandan
  • Garam secukupnya
  • Perasa (pilihan)

Cara-cara penyediaan:

1. Tumis bahan kisar

  • Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan yang telah dikisar sehingga hampir naik minyak.
  • Masukkan daging, kemudian masukkan juga kulit kayu manis dan bunga lawang yang telah ditumbuk halus tadi. Kacau hingga sebati.

2. Biarkan air daging keluar

  • Masak sehingga air daripada daging keluar dan kuahnya sedikit kering.

3. Masukkan bahan lain

  • Masukkan semua bahan yang lain seperti:
    – serai
    – santan
    – buah pelaga
    – daun pandan
    – lada hitam
    – kerisik
    – gula nisan
    – kicap
  • Kacau sehingga semuanya sebati.

4. Laraskan warna dan rasa

  • Tambahkan kicap mengikut warna yang diingini.
  • Tip penting:
    – Jika guna kicap manis, boleh tambah sedikit lebih.
    – Jika guna kicap pekat, jangan terlalu banyak supaya kuah tidak terlalu masin.

5. Masak hingga kuah pekat

  • Teruskan memasak sehingga daging menjadi empuk dan kuah daging hitam menjadi pekat serta berempah.
  • Akhir sekali, rasa dan tambah garam jika perlu.

Tip Supaya Daging Hitam Lagi Sedap

  • Gunakan daging batang pinang kerana teksturnya lebih lembut.
  • Masak dengan api sederhana supaya rempah betul-betul pecah minyak.
  • Masak lebih lama supaya kuah menjadi pekat dan berempah.
  • Kerisik membantu menjadikan kuah lebih lemak dan pekat.

Sesuai Jadi Menu Raya Atau Kenduri

Selain dimakan dengan nasi putih panas, daging hitam ini juga sangat sedap dimakan bersama hidangan Raya seperti:

  • lemang
  • ketupat
  • pulut kuning

Rasanya yang pekat, pedas dan sedikit manis memang membuatkan lauk ini cepat habis apabila dihidangkan kepada tetamu. Kalau anda ingin tambah satu lagi menu istimewa untuk Hari Raya, resipi daging hitam pekat berempah ini memang sangat berbaloi untuk dicuba.

Selamat mencuba!

Sumber: Aleeya Hakimi

Baca juga: Resipi ‘Rendang Nasib’ Pekat Berempah, Rendang Daging Campur Paru & Hati Yang Ramai Nak Cuba!

Aimi

Recent Posts

Nasi Daging Ala Kenduri Di Kedah, Masak Dalam Rice Cooker Sahaja Tapi Daging Lembut Yakmat!

Nasi daging antara hidangan yang cukup popular, terutama ketika kenduri dan majlis istimewa. Nasi yang…

14 minutes ago

Resepi Laksam Kelantan Original, Ini Cara Buat Kuah Lemak Ikan & Sambal Jantan Paling Padu!

Kalau sebut sahaja laksam Kelantan, pasti ramai terbayangkan gabungan laksam yang lembut, kuah lemak ikan…

1 hour ago

Resipi Kerabu Mangga Ala Kampung, Masam Pedas Rangup Memang Sedap Diratah!

Kalau ada mangga muda di rumah, apa kata cuba buat resepi kerabu mangga ala kampung…

2 hours ago

Resipi Gulai Pisang Tumis Darat Cara Orang Lama, Rasa Klasik Yang Menu Moden Tak Boleh Lawan!

Resipi gulai pisang tumis darat merupakan antara hidangan tradisional yang mungkin jarang ditemui, tetapi mempunyai…

2 hours ago

Sekali Buat Terus Dapat Apam Susu Gebu, Resipi Mudah Ini Sesuai Untuk Jamuan Anak!

Sedang mencari idea kuih yang mudah disediakan untuk jamuan akhir tahun anak-anak di sekolah? Apa…

3 hours ago

Resipi Makaroni Buttermilk Pedas Berkrim Versi ‘Confirm’ Tak Muak, Wangi Bau Daun Kari!

Resepi buttermilk pasta ini sesuai untuk penggemar hidangan pasta yang gemarkan tekstur berkrim tetapi pedas…

3 days ago