daging dendeng padu

Idea bagi lauk tengah hari nanti apa kata cuba resipi daging dendeng padu dan sedap ini. Daging yang penuh rasa dan lembut memang sedap diratah atau makan dengan nasi.

Resipi ini juga boleh dijadikan menu untuk Raya Haji nanti. Rugi kalau tak cuba, lagi-lagi kalau guna ‘kicap’ ini!

Jom tengok resipi oleh Cik Puan Liza Idris melalui laman sesawang Facebook beliau.

Baca juga: Makaroni Bakar Mudah, Resipi Jimat Masa & Gerenti Sedap!

RESIPI DAGING DENDENG PADU

Bahan-bahan:

  • 1/2 kg daging (dibasuh bersih dan dipotong ikut suka hati)
  • Kicap secukupnya
  • Minyak untuk menggoreng
  • 2 inci halia
  • 2 biji bawang besar
  • 2 batang serai
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 senduk cili kisar
  • 10 helai daun limau purut
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • 2 sudu gula
  • Air rebusan daging secukupnya
  • 10 sudu kicap
  • 1 sudu serbuk cukup rasa

Cara-cara:

1. Rebus daging sehingga empuk. Angkat dan toskan.

daging dendeng padu

2. Tumbuk daging menggunakan lesung batu sehingga penyet. Jangan tumbuk terlalu lunyai.

daging dendeng padu

3. Masukkan daging dalam mangkuk dan perap dengan kicap selama lebih kurang 20 minit.

4. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng daging selama lebih kurang 5 minit. Angkat dan ketepikan.

daging dendeng padu

5. Sementara itu, kisar halia, bawang besar, serai, dan bawang putih sehingga halus.

6. Panaskan semula minyak yang digunakan tadi. Jika terlalu banyak, buang sedikit. Tumis serai sehingga naik bau, kemudian masukkan bahan kisar dan kacau sehingga kekuningan.

7. Masukkan 2 senduk cili kisar dan kacau sehingga sebati dan pecah minyak. Tambahkan daun limau purut untuk aroma yang lebih sedap.

8. Masukkan 1/2 cawan air asam jawa, kacau sehingga sebati. Tambahkan 2 sudu gula dan kacau lagi. Masukkan sedikit air rebusan daging dan biarkan sehingga pecah minyak sekali lagi.

9. Tambahkan 10 sudu kicap dan kacau sehingga sebati. Masukkan daging yang telah digoreng tadi dan kacau sehingga daging bergaul mesra dengan kuah dan kuah menjadi sedikit kering dan pekat.

daging dendeng padu

10. Akhir sekali, masukkan 1 sudu serbuk cukup rasa dan kacau sebentar. Siap untuk dihidangkan.

Selamat mencuba!

Sumber: Liza Idris

Baca juga: Lempeng Pisang Kelapa, Orang Dulu Guna Pisang Jenis ‘Ini’ Baru Sedap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN