Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) baru-baru ini mengumumkan fatwa yang memperbolehkan umat Islam untuk memakan daging cetakan 3D, dengan syarat bahwa bahan DNA yang digunakan berasal dari haiwan yang halal.
Pengumuman fatwa ini dilakukan pada Jumat lalu setelah melalui perbincangan intensif oleh MUIS sejak tahun 2022. Dengan keputusan ini, Singapura menjadi salah satu negara yang paling awal mengeluarkan fatwa mengenai hukum memakan daging hasil teknologi cetakan 3D dalam konteks Islam.
Baca juga: ‘First Time Tengok’ – Macam Ini Rupanya Cara Ketam Salin Kulit
Ia dilihat sebagai penyelesaian terhadap masalah sumber makanan di Singapura yang sering perlu diimport dari negara-negara luar.
Keputusan ini tidak hanya menangani isu keselamatan makanan tetapi juga membantu mengurangkan masalah pencemaran yang berkaitan dengan industri penternakan haiwan seperti lembu, ayam, dan khinzir.
Singapura dilihat mengambil pendekatan yang agresif dalam membangunkan teknologi daging sintetik di peringkat global.
Negara itu juga mencatat sejarah sebagai negara pertama yang membenarkan penjualan daging sintetik yang dihasilkan daripada sayuran pada tahun 2020.
Pada tahun sebelumnya, Universiti Nasional Singapura (NUS) juga berhasil menghasilkan daging sotong menggunakan gabungan teknologi cetakan 3D dan bahan sumber dari sayur-sayuran.
Sumber: Amanz
Baca juga: Lelaki Buat Roti Jala Untuk ‘Officemate’ Korea, Tak Sangka Ini Reaksinya