kuih cucur jawa

Kuih Cucur Jawa atau ada juga yang panggil kuih topi, memang salah satu kuih tradisional yang digemari ramai kerana bentuknya yang menarik bersama rasa lembut dan manis.

Ramai yang suka hasil bahagian tepinya yang rangup dan kembang cantik apabila digoreng. Tapi, tak semua orang berjaya dapatkan rupa cucur yang mekar elok sebegitu.

Kali ini, kami akan kongsikan resipi Kuih Cucur Jawa oleh Noor Suhaida di Facebook yang sangat menarik untuk anda buat di rumah. Jom kita cuba!

Baca juga: Resepi Cucur Udang Gebu Anti Gagal, Rangup Di Luar Dan Lembut Di Dalam!

RESIPI KUIH CUCUR JAWA

kuih cucur jawa

Bahan-bahan:

  • 4 cawan tepung gandum
  • 2 cawan tepung beras
  • 1½ cawan gula merah
  • 1½ cawan gula putih
  • 1 sudu besar garam halus
  • 3 cawan lebih atau 3¼ cawan air

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, gaul semua bahan sampai sebati.

2. Selepas itu, tapis dan perap semalaman di luar saja, tak perlu letak dalam peti sejuk.

3. Semasa menggoreng, jangan letak minyak banyak sangat. Api pun tak boleh kuat atau perlahan sangat, sederhana saja.

4. Sewaktu goreng, jika adunan itu turun pekat saja, tak jadi bulat elok. Jadi, tambah air dalam adunan lebih kurang 2 hingga 3 sudu bagi dia turun lembut.

5. Setelah keperangan, boleh angkat dan toskan. Siap untuk dinikmati!

Apabila sudah tahu cara goreng Kuih Cucur Jawa yang betul, pasti takkan gagal lagi selepas ini. Jika anda pernah mencuba sebelum ini tapi tak menjadi, cubalah resepi dan teknik yang kami kongsikan ini.

Selamat mencuba!

Sumber: Noor Suhaida

Baca juga: Resepi Cucur Jawa Paling Ringkas, Goreng Begini Barulah Terbentuk Elok

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN