cucur nasi

Kalau ada lebihan nasi di rumah, jangan buang! Cuba cucur nasi yang semakin viral ini rangup di luar, lembut di dalam dan penuh sayur berkhasiat. Resipi ini juga sangat sesuai untuk anak yang susah makan nasi atau sayur. Bau dia harum, tekstur pun memang puas hati!

Resipi cucur nasi ini juga mudah, cepat, dan boleh ditambah apa saja bahan seperti udang, ayam, sosej atau sayuran kegemaran anak.

Baca juga: Apam Tapai Nasi Gebu & Lembut, Resipi Mudah Guna Nasi Sejuk, Tak ‘Cemuih’ Makan!

RESIPI CUCUR NASI

cucur nasi

Bahan-bahan kisar (*):

  • 2 cawan nasi
  • 2 cawan air
  • 1 sudu kecil serbuk perasa
  • 1 sudu besar gula

Bahan-bahan lain:

  • ½ sudu kecil soda bikarbonat
  • Garam (jika perlu)
  • Udang geragau / udang hidup / ayam cincang / sosej / jejari ketam
  • Lobak merah
  • Jagung
  • Bawang
  • Brokoli
  • Apa-apa sayur pilihan
  • Tepung gandum (masukkan sedikit demi sedikit)

Cara-cara penyediaan:

1. Kisar bahan bertanda (*) hingga halus.

2. Tuang dalam mangkuk dan masukkan soda bikarbonat serta garam.

3. Tambah semua sayur dan bahan protein pilihan.

4. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sehingga mendapat tekstur seperti adunan jemput-jemput pisang.

5. Panaskan minyak.

6. Sudukan adunan dan goreng sehingga keemasan & rangup.

7. Toskan minyak sebelum hidang.

Bahan-bahan sos pencicah segera:

  • 3 sudu besar sos cili
  • 3 sudu besar sos tomato
  • ⅓ cawan air
  • 1 sudu besar gula
  • Secubit garam

Cara-cara penyediaan:

1. Campurkan semua bahan dalam periuk kecil.

2. Panaskan sekejap hingga gula larut. Siap untuk dicicah bersama cucur panas!

Tip Supaya Cucur Nasi Cantik Dan Menjadi

  • Soda bikarbonat buat cucur nasi lebih gebu & ringan.
  • Adunan tak boleh terlalu pekat.
  • Jika nasi keras, tambah sedikit air ketika mengisar.
  • Tambah daun bawang atau cili jika mahu aroma wangi.

Kenapa Cucur Nasi Ini Wajib Cuba

  • Cara terbaik elak pembaziran nasi.
  • Anak-anak suka sebab rasa macam nugget sayur.
  • Sesuai untuk sarapan, minum petang atau berbuka puasa.
  • Resipi fleksibel dan boleh ubah ikut bahan di rumah.

Cucur nasi ini mudah, sedap dan tak membazir. Cubalah, confirm jadi kegemaran seisi keluarga!

Selamat mencuba!

Sumber: Zadariah Zakaria

Baca juga: Jangan Buang Nasi Semalam, Boleh Buat Cekodok Nasi Rangup & Lembut!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN