creamy spaghetti carbonara

Kalau anda sedang cari menu pasta yang mudah dibuat tetapi rasa macam makan di restoran, resipi creamy spaghetti carbonara yang sedang viral ini memang wajib cuba. Hanya menggunakan gabungan dua jenis sos pasta berkrim, hasilnya terus buat ramai terkejut sebab rasa dia sangat creamy, lemak dan cukup sedap.

Resipi creamy spaghetti carbonara ini mula mendapat perhatian ramai selepas dikongsikan oleh seorang pengguna di Threads. Menariknya, ramai yang mengaku mereka tak sangka gabungan dua tin sos ini boleh menghasilkan kuah carbonara yang begitu padu dan menyelerakan.

Bagi penggemar pasta berkuah creamy, ini memang antara resipi paling mudah untuk dicuba di rumah kerana bahan yang digunakan pun ringkas dan senang didapatkan.

Baca juga: Wanita Ini Ajar ‘Step By Step’ Cara Rebus Spaghetti Yang Betul, Tak Melekat Bila Masak!

RAHSIA SEDAP CREAMY SPAGHETTI CARBONARA VIRAL INI

creamy spaghetti carbonara

Apa yang membuatkan creamy spaghetti carbonara ini berbeza daripada resipi biasa ialah penggunaan dua jenis sos pasta berkrim dalam satu masakan.

Gabungan sos pasta berkrim perisa carbonara cendawan bersama sos pasta berkrim perisa ayam cendawan menghasilkan rasa yang lebih seimbang, creamy dan tidak muak.

Bila ditambah pula dengan susu full cream, kuah carbonara jadi lebih smooth, pekat dan mudah melekat pada setiap helaian spageti. Memang nampak menyelerakan sebaik saja dihidangkan.

Bahan-Bahan:

  • 1 paket spageti
  • 1 biji bawang holland
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 sudu besar butter
  • 300 gram daging cincang
  • 3 hingga 4 batang sosej
  • 1 tin sos pasta berkrim perisa carbonara cendawan
  • 1 tin sos pasta berkrim perisa ayam cendawan
  • Susu full cream secukupnya
  • Parsley kering (optional)
  • Keju parmesan atau cheese slice (optional)

Cara-cara penyediaan:

1. Rebus spageti sehingga lembut kemudian toskan.

2. Panaskan butter dan tumis bawang Holland bersama bawang putih hingga naik bau.

3. Masukkan daging cincang dan masak sehingga sedikit garing.

4. Tambahkan hirisan sosej dan kacau rata.

5. Masukkan kedua-dua sos pasta berkrim ke dalam kuali.

6. Tambah susu full cream mengikut kepekatan kuah yang diinginkan.

7. Kacau sehingga kuah sebati dan mendidih perlahan.

8. Masukkan spageti dan gaul sehingga kuah creamy carbonara meliputi pasta dengan sempurna.

9. Taburkan parsley atau keju sebelum dihidangkan.

Tips Buat Creamy Spaghetti Carbonara Lagi Sedap

  • Gunakan butter supaya rasa kuah lebih wangi dan berlemak.
  • Jangan rebus spageti terlalu lembik supaya tekstur pasta lebih sedap.
  • Tambah susu full cream sedikit demi sedikit untuk dapatkan kuah yang creamy sempurna.
  • Gunakan api kecil selepas memasukkan sos supaya kuah tidak pecah dan kekal smooth.

Creamy spaghetti carbonara ini memang sesuai dijadikan menu makan malam kerana cara penyediaannya cepat dan tidak renyah. Gabungan kuah creamy bersama daging cincang dan sosej memang buat ramai makan bertambah.

Kalau anda tengah mencari resipi creamy spaghetti carbonara viral yang mudah, sedap dan sesuai untuk seisi keluarga, resipi ini memang patut masuk dalam senarai wajib cuba.
Selamat mencuba!

Sumber: nrlhdarina

Baca juga: Resipi Spaghetti Bolognese Berkuah ‘Style Melayu’, Rasa Lemak Berempah Sekali Cuba Terus Nak Lagi!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN