Minuman jus beauty shot ini menggabungkan beberapa jenis buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya dengan vitamin serta antioksidan. Setiap bahan mempunyai khasiat tersendiri yang baik untuk melengkapkan pengambilan nutrisi harian.
Lobak merah membekalkan beta-karotena (provitamin A), epal mengandungi antioksidan, manakala oren dan lemon kaya dengan vitamin C yang membantu menyokong penghasilan kolagen. Halia pula mempunyai sifat anti-radang yang baik untuk tubuh.
Penggunaan slow juicer membantu mengekstrak jus daripada bahan-bahan segar ini. Menurut wanita ini, beauty shot boleh disediakan setiap minggu dan disimpan dalam botol-botol kecil supaya mudah dinikmati setiap hari. Inilah antara rahsianya untuk mendapatkan kulit yang lebih licin dan sihat!
Baca juga: Limau Kasturi Tak Cepat Rosak, Ini Tip Mudah Bekukan Jus Untuk Air, Sambal & Masakan Harian!
CARA BUAT JUS BEAUTY SHOT

Bahan-bahan:
- 2 batang lobak merah
- 1 biji epal
- 2 biji oren
- 1 biji lemon
- 1 inci halia
Cara penyediaan:
- Kupas kulit lobak merah, oren, lemon dan halia sehingga bersih. Buang bahagian biji epal dan potong semua bahan kepada saiz lebih kecil supaya mudah diproses.
- Masukkan semua bahan ke dalam slow juicer secara berperingkat. Proses sehingga jus daripada setiap bahan berjaya diekstrak sepenuhnya.
- Setelah siap, kacau jus sebentar supaya semua rasa bercampur sekata. Tuangkan ke dalam botol-botol kecil mengikut sukatan sekali minum.
- Tutup botol dengan rapat dan simpan di dalam peti sejuk. Beauty shot ini boleh disediakan setiap minggu supaya lebih mudah dijadikan rutin harian.
Tip: Pastikan botol yang digunakan bersih dan kering sebelum diisi dengan jus. Simpan dalam peti sejuk sebaik sahaja selesai disediakan dan elakkan membiarkannya terlalu lama pada suhu bilik.
Sumber: Threads @nadhirahnorman
Baca juga: Kek Oren Blender Tanpa Perlu Perah Jus, Kisar Sebiji Oren Terus Jadi Gebu Dan Harum
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM

