
Creamy chicken mushroom kini menjadi antara menu western homemade yang semakin digemari kerana rasanya setanding hidangan di kafe. Dengan gabungan ayam yang diperap bersama yogurt, sos cendawan berkrim dan sayur-sayuran segar, hidangan ini bukan sahaja menyelerakan malah mudah disediakan menggunakan air fryer.
Perkongsian resipi oleh Syaz Jannah di Facebook turut mencuri perhatian ramai kerana menggunakan bahan-bahan yang ringkas dan langkah penyediaan yang tidak rumit. Hasilnya, ayam kekal lembut, berjus dan dipadankan dengan sos creamy mushroom yang pekat serta beraroma.
Baca juga: Resepi Ayam Grill Guna 6 Bahan Je, Mudah Sangat Tapi Rasa Macam Makan Di Kafe
RESIPI CREAMY CHICKEN MUSHROOM ALA KAFE

Bahan-bahan Ayam:
- 1 ekor ayam, dipotong kepada 4 bahagian
- Yogurt secukupnya
- Rempah perapan ayam (atau serbuk kari daging bersama paprika)
- 1 biji kentang, dihiris
- Beberapa keping butter
Bahan-bahan Sos Creamy Mushroom:
- 3 ulas bawang putih, dicincang
- 1 biji bawang Holland, dihiris
- Cendawan (ikut pilihan)
- 1 cawan susu
- Sedikit cooking cream
- Brokoli
- Tomato
- Chili flakes
- Oregano
- Rosemary
- Garam secukup rasa
- Bancuhan tepung jagung (pilihan)
Cara-cara Penyediaan:
A. Penyediaan Ayam
- Lumurkan ayam dengan yogurt dan rempah perapan hingga rata.
- Perapkan seketika supaya rempah lebih meresap ke dalam isi ayam.
- Susun ayam di dalam bakul air fryer bersama hirisan kentang.
- Letakkan beberapa keping butter di atas kentang.
- Bakar pada suhu 200°C selama 40 minit atau sehingga ayam masak dan bertukar keperangan.
B. Penyediaan Sos Creamy Mushroom
- Panaskan sedikit minyak, kemudian tumis bawang putih dan bawang Holland hingga naik bau.
- Masukkan cendawan dan kacau sehingga sedikit layu.
- Tuangkan susu bersama sedikit cooking cream.
- Apabila kuah mula mendidih, masukkan brokoli dan tomato. Jika mahu pilihan yang lebih sihat, boleh gantikan dengan bayam (spinach).
- Taburkan chili flakes, oregano dan rosemary mengikut cita rasa.
- Perasakan dengan garam secukupnya.
- Jika mahukan kuah lebih pekat, masukkan sedikit bancuhan tepung jagung dan kacau sehingga sebati.
Tips:
- Perapan menggunakan yogurt membantu menjadikan isi ayam lebih lembut dan berjus selepas dibakar.
- Jika tiada rempah perapan segera, gunakan gabungan serbuk kari daging dan paprika sebagai alternatif.
- Gunakan pelbagai jenis cendawan seperti butang putih, butang perang atau shiitake untuk menambahkan rasa.
- Bayam boleh menggantikan brokoli atau tomato jika inginkan lebih banyak sayuran hijau.
- Taburkan sedikit keju di atas kentang yang dibakar untuk rasa yang lebih lemak dan penampilan lebih menyelerakan.
- Hidangkan bersama salad segar dan hirisan lemon bagi melengkapkan hidangan ala kafe.
Selamat mencuba!
Sumber: Syaz Jannah
Baca juga: Roti Butter Kaya Viral Ala Coffee Bean, Wanita Ini Kongsi Rahsia Sampai Suami Minta Hari-Hari!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














