cara hilangkan bau daging

Setiap kali musim Hari Raya Aidiladha, antara perkara yang sering menjadi perhatian ramai adalah cara hilangkan bau daging dengan betul, terutama daging korban lembu dan kambing.

Mana tidaknya, kalau silap cara cuci atau proses, bau hamis daging memang boleh buat selera terbantut. Lagi-lagi bila bau tersebut masih kuat walaupun sudah dibasuh berkali-kali.

Biasanya ramai menggunakan limau, tepung gandum atau asam jawa untuk menghilangkan bau hamis. Namun sebenarnya ada satu petua mudah yang kini semakin ramai cuba kerana lebih ringkas dan praktikal.

Baca juga: Lelaki Ini Kongsi Cara Rebus Tulang, Ekor & Daging Untuk Stok Sup, Hasilnya Wangi Tahan Lama!

CARA HILANGKAN BAU DAGING GUNA REMPAH DAGING

cara hilangkan bau daging

Menerusi perkongsian yang tular di media sosial, rempah daging dikatakan mampu membantu mengurangkan bau hamis pada daging dengan lebih mudah.

Menariknya, anda tak perlu guna tepung gandum, limau ataupun bahan lain.

Ini caranya:

  • Potong daging kepada bahagian kecil.
  • Masukkan ke dalam bekas bersama sedikit air.
  • Tambahkan rempah daging secukupnya.
  • Gaul hingga rata.
  • Biarkan sekitar lima hingga 10 minit.
  • Toskan dan sedia untuk dimasak.

Nampak mudah, tetapi ramai yang mengatakan hasilnya memang berkesan.

KENAPA BAU HAMIS DAGING BERLAKU?

Ramai sangka bau hamis berpunca daripada cara penyembelihan, tetapi sebenarnya ia lebih berkait dengan proses pengendalian dan pembersihan daging itu sendiri.

Sisa darah yang masih melekat pada daging boleh menyebabkan bau kurang menyenangkan muncul apabila dimasak.

Sebab itu, penggunaan rempah membantu menyerap dan mengurangkan bau tersebut, selain memberikan aroma lebih sedap pada daging.

SESUAI UNTUK DAGING LEMBU DAN KAMBING

Petua ini bukan sahaja sesuai untuk daging lembu korban, malah boleh digunakan pada daging kambing yang sememangnya terkenal dengan bau lebih kuat.

Selepas ini, kalau nak masak sup, gulai, kari atau daging bakar pun lebih yakin sebab bau hamis sudah berkurang.

TIPS SIMPAN DAGING SUPAYA TAK CEPAT BERBAU

Selain mengetahui cara hilangkan bau daging, cara penyimpanan juga sangat penting supaya daging kekal segar lebih lama.

Antara tip yang boleh anda amalkan:

  • Jangan terus simpan daging panas dalam peti ais.
  • Simpan mengikut portion masakan.
  • Gunakan bekas kedap udara.
  • Elakkan basuh terlalu lama kerana boleh menjejaskan tekstur daging.

RAMAI DAH CUBA PETUA CARA HILANGKAN BAU DAGING INI

Petua mudah seperti ini memang berguna terutama ketika musim korban kerana ramai menerima daging dalam kuantiti banyak.

Kadang-kadang, cara paling simple sebenarnya paling menjadi. Tak perlu guna banyak bahan pun untuk pastikan daging lebih bersih, wangi dan sedap dimasak.

Kalau anda sedang mencari cara hilangkan bau daging yang mudah dan cepat, mungkin boleh cuba petua ini di rumah nanti.

Semoga bermanfaat!

Sumber: fa_east94

Baca juga: Tips Daging Cepat Empuk Guna Teknik 5:30:7, Ramai Dah Cuba Memang Menjadi!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN