
Resepi ayam grill yang mudah tetapi hasilnya sedap seperti di restoran atau kafe sentiasa menjadi pilihan ramai, terutama bagi mereka yang mahukan hidangan ringkas tanpa perlu menggunakan terlalu banyak bahan. Dengan hanya enam bahan asas, ayam yang diperap ini cukup berperisa, lembut dan kekal berjus selepas dimasak.
Lebih menarik, resipi ini boleh dimasak menggunakan air fryer atau dipanggang di atas pan mengikut keselesaan masing-masing. Proses penyediaannya juga tidak mengambil masa yang lama, menjadikannya sesuai untuk menu makan tengah hari, makan malam mahupun bekalan ke tempat kerja.
Baca juga: Udang Goreng Rangup Paling Mudah & Viral – Krup Krap Luar, Juicy Dalam!
RESEPI AYAM GRILL 6 BAHAN

Bahan-Bahan:
- 2 hingga 4 ketul ayam
- Sos tiram
- Lada hitam
- Italian herbs
- Garam
- Chili flakes
- Sedikit minyak masak
- Madu (pilihan)
Cara-Cara Penyediaan:
1. Bersihkan ayam
Basuh ayam sehingga bersih dan toskan airnya sebelum diperap.
2. Sediakan bahan perapan
Masukkan sos tiram, lada hitam, Italian herbs, garam, chili flakes dan sedikit minyak masak ke dalam ayam.
Jika suka rasa sedikit manis seperti ayam grill di kafe, tambahkan sedikit madu sebagai bahan pilihan.
3. Gaulkan sehingga rata
Gaulkan semua bahan sehingga setiap bahagian ayam disaluti dengan sempurna.
4. Perap ayam
Perap sekurang-kurangnya 30 minit. Jika mempunyai masa, simpan semalaman di dalam peti sejuk untuk mendapatkan rasa yang lebih meresap.
5. Masak menggunakan air fryer
Masukkan ayam ke dalam air fryer dan masak selama 10 minit.
Selepas itu, terbalikkan ayam dan sambung memasak selama 10 minit lagi sehingga masak sepenuhnya. Jumlah masa memasak sekitar 20 minit bergantung kepada saiz ayam dan model air fryer.
6. Atau panggang atas pan
Jika tidak menggunakan air fryer, ayam juga boleh dipanggang di atas grill pan atau kuali dengan api sederhana sehingga kedua-dua bahagian masak dan bertukar keperangan.
Tips Resepi Ayam Grill Lebih Sedap
- Perap ayam semalaman supaya rasa lebih meresap hingga ke dalam isi.
- Gunakan ayam bahagian peha jika mahukan tekstur yang lebih lembut dan berjus.
- Tambahkan sedikit madu untuk menghasilkan permukaan ayam yang lebih berkilat dan mempunyai rasa ala restoran.
- Jangan perap ayam terlalu lama di luar pada suhu bilik. Selepas diperap, terus simpan di dalam peti sejuk.
- Hidangkan bersama nasi panas, kentang putar, salad atau sayur panggang untuk hidangan yang lebih lengkap.
Dengan hanya enam bahan utama dan cara penyediaan yang sangat mudah, resepi ayam grill ini sesuai dicuba oleh sesiapa sahaja. Sama ada dimasak menggunakan air fryer atau dipanggang di atas pan, hasilnya tetap lembut, berjus dan penuh rasa sehingga tidak hairanlah ramai mengulang resipi ini berkali-kali.
Selamat mencuba!
Sumber: Nor Farah Atika
Baca juga: Ikan Goreng Kunyit Rangup & Sedap, Resipi Mudah Perap 30 Minit Confirm Jadi Kegemaran Ramai
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














