Aduhai tekak terasa nak manis-manis pula. Kalau dapat kek coklat moist gebu gebas pun alahai nikmat dunia sungguh! Bahan-bahan nak buat semua ada di rumah.
Apa lagi, jom tengok resipi kek oleh Cik Puan Noriza Awang Hamat yang hasilnya pasti gebu gebas, lembut dan tak muak. Craving satisfied bak kata orang putih.
Kalau nak buat kek size besar, boleh gandakan bahan-bahan di bawah.
Baca juga: Ambil Tahu Jenis Telur Ayam Ikut Gred, Elak Kena Tipu Dengan Penjual
Bahan-bahan:
Cara-cara:
1. Campurkan serbuk koko, gula pasir, minyak masak, susu pekat, dan susu cair dalam periuk.
2. Masak seketika sehingga semua bahan sebati, tetapi jangan sampai menggelegak. Tutup api dan ketepikan.
3. Ayak tepung gandum, soda bikarbonat, dan baking powder bersama.
4. Setelah campuran Bahan A agak suam, masukkan ke dalam blender.
5. Tambahkan 4 biji telur dan bland sekejap.
6. Kemudian, masukkan tepung gandum yang telah diayak bersama baking powder dan soda bikarbonat. Blend sehingga semuanya sebati.
7. Sapukan sedikit planta pada loyang untuk mengelakkan kek melekat.
8. Panaskan pengukus terlebih dahulu.
9. Apabila air dalam pengukus sudah mendidih, masukkan adunan kek ke dalam loyang.
10. Kukus selama 45 minit dengan api sederhana.
Bahan-bahan:
Cara-cara:
Untuk topping ini, pembaca boleh mencuba resipi lain yang dikongsikan oleh Cik Puan Farisha Sofea.
Beliau berkongsi bukan 1 resipi, bukan 3 resipi namun 11 resipi topping coklat untuk pembaca semua. Tiada lagi alasan, tinggal pilih sahaja yang kena di hati!
Selamat mencuba!
Sumber: Noriza Awang Hamat
Baca juga: Kek Oren Kampung, Bau Klasik Buat Kita Teringat Air Tangan Nenek
Orang yang duduk di kampung suka bela ayam sendiri untuk dimasak, tapi isi dan tulangnya…
Apabila cuaca panas di luar dan tekak rasa dahaga, terus terbayang pencuci mulut yang sedap…
Hari ini nak makan mi segera yang sedap, tapi kenalah buat versi luar biasa. Oleh…
Inspirasi dari resipi pencuci mulut berasaskan labu yang kerap muncul di media sosial musim luruh…
Laksa goreng Penang adalah hidangan yang menggabungkan rasa klasik laksa dengan teknik goreng ala masakan…
Sesiapa yang baru kali pertama dengar tentang Ayam Masak Burma dan belum pernah membuatnya sebelum…