chicken tenders

Chicken Tenders Wingstop telah viral di media sosial sejak kebelakangan ini, dan ramai yang teruja untuk mencubanya!

Ada juga yang sanggup pergi jauh ke Singapura semata-mata untuk menikmati hidangan ini. Tapi, kini anda tak perlu lagi pergi jauh, dengan resipi mudah ini, anda boleh buat sendiri di rumah!

Apa yang penting, buat sendiri lagi sedap dari beli dan pastinya lebih puas hati. Jadi, jom cuba dengan menggunakan resipi penuh di bawah.

Baca juga: Buat Sendiri Sosej Homemade Guna Isi Ayam, Bebas Tanpa Pengawet!

RESEPI CHICKEN TENDERS ALA WINGSTOP

Bahan-bahan ayam:

  • Ayam bahagian dada
  • Garlic powder
  • Paprika
  • Garam
  • Pepper
  • 1 biji telur
  • Tepung beras
  • Tepung jagung
  • Butter
  • Bawang putih (cincang halus)
  • Serbuk parsli
  • Parmesan cheese

Cara penyediaan ayam:

  1. Cuci bersih ayam dada dan potong secara memanjang. 1 ketul dada ayam boleh dipotong kepada 4 atau 5 potongan.
  2. Perasakan dada ayam dengan garlic powder, paprika, garam, pepper dan telur. Gaul semua bahan sehingga sebati dan perapkan seketika.
  3. Dalam satu mangkuk, satukan tepung beras, tepung jagung, garlic powder, garam dan pepper.
  4. Renjis sedikit air ke dalam campuran tepung kering. Sebatikan semua bahan.
  5. Ambil 1 potongan ayam dan salutkan dengan campuran tepung kering tadi sehingga bersalut rata.
  6. Goreng secara ‘deep fry’ dalam minyak panas selama 5 hingga 6 minit.
  7. Apabila sudah masak, boleh angkat dan toskan.
  8. Untuk membuat salutan pada ayam pula, cairkan butter dan tambah bawang putih.
  9. Kemudian, tambahkan serbuk parsli dan parmesan cheese. Gaul sehingga semuanya sebati.
  10. Tuangkan bahan salutan ini ke atas ayam yang sudah siap digoreng tadi. Goncangkan supaya tersalut rata pada keseluruhan ayam.

Bahan sos:

  • Mayonis
  • Buttermilk (untuk buat pancake itu)
  • Fresh dill (cincang halus)
  • Garam
  • Pepper
  • Daun kucai kering
  • Garlic powder
  • Serbuk parsli
  • Sedikit jus lemon

Cara buat sos:

  1. Satukan semua bahan dan kacau sehingga sebati.
  2. Simpan dalam bekas dan boleh tahan selama 3 hingga 5 hari.
  3. Cicah ayam dengan sos ini.
  4. Selamat mencuba!

Video penuh:

@hazwanramli

EP 2 : Wingstop Garlic Parmesan Tenders 🤤🍗🧀 Exactly rasa macam Wingstop or maybe lagi sedap! Sauce dia memang bahaya, makan dengan chips pon sedap 😭 Tolong lah sorang buat menjual resepi ni so aku boleh support and beli! Bahan – bahan : 400g isi dada ayam 1 sk garlic powder 1 sk paprika 1/2 sk pepper dan garam 1 biji telor Adunan tepung : 1 cawan tepung beras 1/4 cawan tepung jagung Seasoning macam ayam tadi Sauce : 1/2 cawan mayo 1/2 cawan buttermilk 1 sudu fresh dill 1/2 sk garam & pepper 1 sudu dry chives 1 sk garlic powder 1 sk parsely 1/2 sk jus lemon #hazwancooks #wingstop #garlicparmesantenders #kongsibersama #kongsiselera

♬ original sound – hazwanramli – hazwanramli

Kredit resipi dan gambar: TikTok hazwanramli

Baca juga: Isi Ayam Tak Laku, Bila Buat ‘Chicken Popcorn’ Begini Confirm Berebut Makan!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN