
Jika sebut pasal kek, memang ramai yang tak boleh tolak. Lebih-lebih lagi, apabila kek itu datang dalam saiz comel seperti Mini Burnt Cheesecake ini.
Mini Burnt Cheesecake sebenarnya berasal dari versi besarnya, iaitu Basque Burnt Cheesecake yang popular dari Sepanyol. Campuran rasa manis, sedikit pahit dan lemak dari keju membuatkan kek ini disukai ramai.
Ramai tertarik dengan resipi yang dikongsikan oleh fitradavinci di TikTok kerana ia sesuai untuk mereka yang baru kali pertama buat kek. Jom kita cuba!
Baca juga: Resepi Cheesecake Versi Sandwich Tanpa Bakar, Luar Rangup Dalam Berkrim!
RESIPI MINI BURNT CHEESECAKE

Bahan-bahan:
- 250g cream cheese
- 200ml whipping cream
- 1 sudu kecil esen vanilla
- 2 biji telur + 1 biji kuning telur
- 2 sudu tepung gandum
- Garam secukup rasa
- ½ cawan gula
- Cawan cupcake
Cara-cara membuat:
1. Mula-mula, kisar cream cheese, whipping cream, esen vanilla, telur, tepung gandum, garam dan gula sampai sebati.
2. Selepas itu, tuang adunan lebih kurang ¾ ke dalam cawan cupcake.

3. Kemudian, bakar pada suhu 180ºC selama 25 minit. Jika guna oven, bakar pada suhu 200ºC selama 25 minit, tapi jangan lupa panaskan oven terlebih dahulu. Siap!
Walaupun kek ini nampak kecil, tapi rasanya memang penuh bermakna. Setelah bakar sampai bahagian atasnya cantik dan sejukkan, teksturnya akan jadi lebih padu.
Kek ini sesuai buat mereka yang suka pencuci mulut lembut, berkrim dan ada sedikit sentuhan bakar di luar tapi gebu di dalam. Tambahan pula, saiznya yang kecil buat ia mudah dimakan.
Selamat mencuba!
Sumber: fitradavinci
Baca juga: Kek Viral Cheesecake Istanbul Lembut Berkrim, Nikmatnya Macam Makan Di Kafe Turki
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














