
Bukan setakat wangi dan cantik, malah daun pandan sering digunakan dalam masakan dan minuman tradisional. Cara tanam pokok pandan dalam pasu juga mudah, walaupun anda seorang pemula dalam berkebun.
Betapa puasnya apabila dapat melihat anak pokok tumbuh rimbun. Dengan langkah-langkah yang betul, anda boleh menikmati daun pandan segar terus daripada pasu sendiri.
Dalam panduan ringkas ini, kami akan tunjukkan cara tanam pokok pandan dalam pasu dari anak pokok sehingga ia mula berkembang dengan sihat dan subur. Jom kita tengok!
Baca juga: Cara Tanam Kunyit Guna Tisu Basah Yang Mudah, Hasil Pun Puas Hati
CARA TANAM POKOK PANDAN DALAM PASU

1. Sediakan medium tanaman dengan mencampurkan 50% tanah topsoil, 40% cocopeat, 5% sekam bakar, dan 5% tanah sawit. Gaul sehingga sebati.
2. Isi tanah ke dalam pasu atau polibeg, siram dengan air dan biarkan semalaman.
3. Keesokan harinya, buat lubang di tengah pasu dan tanam anak pokok pandan. Pilih anak pokok yang sederhana besar dan sudah berakar. Jika menggunakan batang tanpa akar, rendam pangkalnya dalam air sehingga akar tumbuh sebelum ditanam.
4. Masukkan anak pokok ke dalam lubang pasu dan tutup dengan tanah. Ratakan permukaan tanah dan pastikan pokok tegak serta stabil.
5. Siram anak pokok pandan dan letakkan pasu di tempat separuh teduh.
6. Siram dua kali sehari sehingga anak pokok tumbuh. Boleh menggunakan air basuhan beras atau air basuhan ikan.
Tips tambahan:
- Bagi memastikan pokok pandan rimbun, jangan petik daun sehingga anak pokok keluar agar pertumbuhan pokok tidak terbantut.
Semoga bermanfaat!
Kredit gambar muka depan: Irma Sheky
Sumber: Irma Sheky
Baca juga: Cara Buat Spray Serangga Paling Selamat Untuk Pokok Cili, Sekali Sembur Lalat Putih Terus Lari!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














