spray serangga

Sesiapa yang tanam pokok cili sendiri di rumah pasti pernah lihat daun bertompok putih. Bagi mengelakkannya ia berlaku, anda perlu tahu buat spray serangga semula jadi.

Punca daun bertompok putih pada pokok cili adalah disebabkan lalat putih atau bena putih yang suka hinggap dan menghisap air daripada daun muda. Lama-kelamaan, pokok cili jadi lemah dan hasil pun merosot.

Nak guna racun serangga, risau pula kesan kimia pada tanaman. Jangan gelisah, ada cara buat spray serangga dengan bahan semula jadi yang selamat digunakan untuk menghalaunya.

Baca juga: Cara Tanam Kunyit Guna Tisu Basah Yang Mudah, Hasil Pun Puas Hati

CARA BUAT SPRAY SERANGGA UNTUK POKOK CILI

spray serangga

Bahan-bahan:

  • 1 sudu besar syampu kanak-kanak
  • 1 sudu besar cuka makan
  • 1 liter air bersih

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, campurkan semua bahan di atas ke dalam botol semburan.

2. Selepas itu, goncang dengan ringan sampai semua bahan sebati.

3. Semburkan ke seluruh bahagian pokok, terutamanya di bahagian bawah daun (ini tempat yang biasanya lalat putih suka bertelur dan bersembunyi)

4. Lakukan semburan seminggu sekali atau dua kali jika serangan agak teruk.

spray serangga

Kenapa tak guna sabun biasa atau detergen? Sebenarnya, syampu kanak-kanak lebih lembut, kurang berbuih dan tak mengandungi bahan kimia yang boleh merosakkan struktur daun.

Tambahan pula, ia tak meninggalkan kesan melekit atau bau kuat pada tanaman. Sebagai langkah selamat, anda hanya perlu pastikan cili atau sayur dibasuh dahulu sebelum makan.

Petua ini bukan saja menjimatkan, tapi juga menyokong gaya hidup lebih sihat dan mesra alam. Setelah sembur dengan spray serangga semula jadi, hasil tanaman jadi lebih subur dan bebas serangga.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Lebai Kudin

Baca juga: Petua Pokok Kesum Cepat Berakar & Subur Merimbun, Hanya Siram Guna Air Bawang Merah

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN