lauk basi

Jika selalu masak dalam kuantiti banyak, sama ada untuk keluarga atau berniaga, pasti pernah hadapi masalah lauk basi dengan cepat. Sebenarnya, ada petua untuk mengelakkannya daripada terjadi.

Nak mengelakkan lauk basi dengan cepat, boleh ikut beberapa petua yang kami kongsikan ini supaya dapat membantu lauk anda tahan lebih lama, kekal sedap dan selamat dimakan.

Baca juga: Tips Masak Pulut Kuning Tahan Lama & Tak Mudah Basi, Sampai Esok Masih Berkilat!

6 PETUA ELAK LAUK BASI DENGAN CEPAT

lauk basi

1. Wajib tumis bahan sampai betul-betul garing.

Sebagai contoh, bawang, cili dan rempah perlu ditumis hingga naik bau dan pecah minyak. Cara ini bukan saja menaikkan rasa, tapi juga membantu lauk tahan lebih lama.

2. Garam dan asam perlu digunakan secukupnya semasa memasak.

Apabila menggunakan garam atau bahan berasid seperti asam keping, asam jawa dan cuka, pastikan jumlahnya mencukupi dalam masakan kerana ia membantu mengawet lauk secara semula jadi.

3. Nak masak lauk berkuah, pastikan ia betul-betul mendidih.

Perkara ini sangat penting terutama ketika memasak lauk berkuah. Pastikan kuah dibiarkan mendidih sekurang-kurangnya 5 hingga 10 minit selepas semua bahan dimasukkan.

4. Elak untuk menggunakan sudu yang basah atau tangan dalam lauk.

Semasa mencedok lauk, pastikan guna sudu yang bersih dan kering. Cara ini dapat mengelakkan bakteria luar daripada mencemari lauk dan menyebabkan ia cepat rosak.

5. Lauk yang nak disimpan perlu disejukkan terlebih dahulu.

Nak simpan lauk yang sudah dimasak, pastikan ia betul-betul sejuk dahulu. Jika terus tutup waktu masih panas, wap yang terperangkap boleh buat lauk cepat basi.

6. Lauk yang tak habis dimakan perlu dipanaskan semula.

Jika lauk tak habis, pastikan panaskan semula sampai mendidih sebelum disimpan atau dimakan semula. Paling bagus, habiskan terus supaya lauk tak membazir.

Semoga bermanfaat!

Kredit gambar muka depan: freepik dari Freepik

Sumber: Azlinah Ruslee

Baca juga: 4 Jenis Makanan Ini Cepat Basi Kalau Tak Jaga Elok, Ikut Petua Ini Untuk Atasinya

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN