Categories: Tips & Petua

Cara Simpan Bayam Supaya Kekal Segar & Tak Cepat Layu, Macam Baru Dibeli!

Sayur bayam antara sayur paling senang nak masak, buat tumis air pun dah sedap. Tapi satu masalah yang ramai orang hadapi iaitu bayam cepat sangat layu atau busuk bila simpan dalam peti.

Jadi, penting untuk tahu cara simpan sayur bayam yang betul supaya kekal segar walaupun dah beli beberapa hari. Ramai ingat semua sayur boleh terus masuk peti sejuk, padahal cara penyimpanan setiap jenis sayur berbeza.

Kalau tersalah simpan, bayam mudah ‘berpeluh’, batang jadi lembik dan daun pula bertukar warna gelap. Rugi kalau dah beli mahal, tapi baru tiga hari dah tak boleh guna!

Jom tengok langkah mudah yang boleh bantu bayam tahan lebih lama, kekal segar dan tak kecut bila nak dimasak nanti.

Baca juga: Sayur Bendi Tahan Lama Kalau Ikut Cara Simpan Ini, Confirm Tak Cepat Rosak!

CARA SIMPAN SAYUR BAYAM SUPAYA KEKAL SEGAR & TAK CEPAT LAYU

1. Basuh Sebelum Guna, Bukan Sebelum Simpan

Elakkan terus membasuh bayam selepas beli kalau belum nak guna. Air yang terperangkap di celah daun akan buat bayam cepat busuk. Sebaiknya, cuci hanya bila nak masak. Kalau nak simpan lama, lap daun dengan tisu dapur untuk buang lebihan air.

2. Asingkan Batang & Daun

Kalau beli banyak, asingkan bahagian batang dan daun. Batang bayam lebih keras dan tahan lama berbanding daun. Simpan dalam dua bekas berbeza supaya senang bila nak masak nanti, tak payah pilih semula.

3. Guna Bekas Bertutup Longgar Atau Plastik Ziplock

Letakkan bayam dalam bekas bertutup longgar atau plastik ziplock yang berlubang kecil. Ini penting untuk elakkan kelembapan berlebihan tapi masih kekalkan sedikit udara.

Tip tambahan: Letak tisu dapur dalam bekas atau plastik untuk serap wap air. Tukar tisu jika dah lembap.

4. Simpan Di Bahagian Sayur Peti Sejuk

Tempat terbaik ialah ruang khas sayur (crisper box). Jangan letak di bahagian sejuk beku sebab daun bayam akan jadi hitam dan kecut bila dicairkan.

5. Rebus Sebelum Simpan

Kalau nak simpan lebih seminggu, rebus bayam sekejap dalam 1 minit. Kemudian tos airnya dan biar sejuk. Lepas itu boleh simpan dalam bekas kedap udara atau plastik freezer. Bila nak guna, terus masuk kuali, tak perlu cairkan pun!

Sumber: Sajian Sedap

Baca juga: Resipi Sayur Paku Rawan Tumis, Ramai Suka Sebab Teksturnya Meletup Bila Gigit!

Wan N

Recent Posts

Resipi Nasi Goreng Udang Selambak, Lagi Padu Bila Makan Dengan Dua Penambah Rasa INI!

Nasi goreng udang selambak sesuai dijadikan pilihan untuk sarapan, makan tengah hari atau makan malam.…

60 mins ago

Resipi Koktail Buah Creamy, Meriah Dengan Buah Warna-Warni… Sekali Cedok Tak Cukup!

Resipi fruit cocktail antara pencuci mulut yang sesuai dihidangkan ketika cuaca panas. Gabungan buah-buahan segar…

2 hours ago

Resipi Sambal Ikan Tongkol Yang Menggoda Selera, Tambah Daun Kesum Terus Naik Aroma!

Ikan tongkol masak sambal antara hidangan yang cukup digemari ramai kerana gabungan rasa pedas, manis…

3 hours ago

Resipi Dumpling Ayam Kukus, Inti Lembut Berjus Cicah Pula Sos Thai Memang Mantap!

Resipi dumpling ayam kukus ini sesuai untuk sesiapa yang teringin menikmati dumpling homemade dengan inti…

6 hours ago

Resipi Mini Burnt Cheesecake 7 Bahan Jadi Keperangan Elok Ala Bakeri, Saiz Kecil Tapi Padu Berkrim!

Resepi mini burnt cheesecake ini sesuai dijadikan pencuci mulut untuk keluarga atau tetamu. Saiznya yang…

6 hours ago

Resepi Ayam Masak Padang Tanpa Santan, Kuah Pekat Dengan Rasa Rempah Pedas Masam!

Resepi ayam masak padang sesuai dicuba bagi penggemar lauk berempah yang kaya dengan rasa dan…

7 hours ago