Kalau anda salah seorang peminat petai, anda perlu tahu cara simpan petai paling mudah agar ia kekal segar dan tahan lama dalam peti sejuk.
Maklumlah, petai ni ada musimnya, kalau beli di luar musim memang lebih mahal harganya.
Jadi kalau teringin nak makan, apa kata ikut cara simpan petai yang dikongsikan oleh Hasifah Che Mat ini.
Boleh jimat dan masak bila-bila masa je yang kita nak.
Macam mana nak buat?
1. Beli petai segar masa masih tengah murah ni kan. Kat Kelantan range harga RM60-80 untuk 100 papan petai.
2. Kupas kulit petai dan buang selaput putih tu. Tinggal petai tu hijau je ye.
3. Peketkan petai dalam plastik ikut kuantiti nak makan. (Tak perlu basuh)
4. Frozen kan petai tu. insyaAllah tahan berbulan-bulan dan petai tahan lama serta rasanya tak kan berubah. Ingat tau, frozen. Bukan letak dalam peti biasa tu. Kat tempat beku ya.
5. Nak guna nanti, korang rendam je petai frozen tu dalam air biasa dan bilas bersih.
Nak lagi tahan lama, boleh guna vakum pack. Tapi mama guna plastik ziplock je.
Kredit: Hasifah Che Mat
Resepi buttermilk pasta ini sesuai untuk penggemar hidangan pasta yang gemarkan tekstur berkrim tetapi pedas…
Jagung rebus memang antara makanan yang sedap dinikmati begitu sahaja, lebih-lebih lagi apabila isinya masih…
Nama Harumanis Perlis memang cukup terkenal dengan aroma harum, rasa manis dan keenakan isinya. Namun,…
Nak buat donat sendiri di rumah tetapi tidak mahu bersusah payah menguli doh terlalu lama?…
Kalau anak-anak minta bawa sesuatu yang istimewa untuk jamuan sekolah, bolehlah cuba resepi loaded potato…
Buntu nak sediakan menu potluck untuk anak-anak? Apa kata cuba ayam BBQ crunchy, hidangan ayam…