Cara simpan lemon ini sangat penting supaya lemon yang dibeli boleh tahan lebih lama dan kekal segar selama berbulan lamanya.
Kadang-kadang ada promosi di pasar raya, jadi amat rugi jika beli buah tersebut dalam kuantiti yang sedikit. Jika dibeli dalam jumlah yang banyak pula, ia akan cepat rosak jika tidak disimpan dengan betul.
Justeru itu, mari sama-sama praktikkan cara penyimpanan buah lemon yang betul supaya dapat bertahan dalam tempoh yang lama. Barulah tak membazir dan terbuang begitu sahaja.
Baca juga: Tak Perlu Rendam Dalam Air, Ini Cara Simpan Serai Supaya Tahan Berbulan!
Berikut merupakan perkongsian oleh Adilah Yusoff:
“Siapa macam saya suka beli lemon banyak-banyak waktu murah. Saya nak kongsi cara-cara simpan lemon bagi tahan lama. Selalunya saya beli stok untuk 2 minggu, memang dijamin segar lagi lemon itu. Katanya sebulan boleh tahan.”
Cara-caranya:
1. Cuci kulit buah lemon dari segala kekotoran sehingga bersih.
2. Sediakan satu balang dan susun buah lemon di dalam bekas tersebut.
3. Kemudian, letakkan air paip sehingga tenggelam semua buah.
4. Simpan di dalam peti sejuk. Tukar air di dalam balang jika perlu.
Kredit petua dan gambar: Adilah Yusoff
Baca juga: 5 Cara Simpan Susu Cair Setelah Dibuka, Tak Cepat Rosak & Tahan 3 Bulan!
Masalah perut kembung dan rasa tidak selesa akibat angin memang boleh mengganggu aktiviti harian. Ada…
Puding biskut cream cracker ini boleh jadi idea menarik kalau ada lebihan biskut yang sudah…
Sayur kailan ikan masin antara hidangan yang cukup digemari kerana gabungan rasa pedas dan masin…
Pisang antara buah yang mudah masak ranum, lebih-lebih lagi apabila cuaca panas. Jika terbeli pisang…
Terasa ingin makan kek coklat yang lembut, lembap dan kaya dengan rasa koko? Resepi kek…
Daging masak rempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau makan…