Categories: Resipi

Kerabu Jantung Pisang Dengan Sotong & Pucuk Paku, Terliur Dibuatnya

Hidangan Kerabu Jantung Pisang ini bukan saja sedap dimakan dengan nasi putih panas-panas, malah kalau nak makan ratah macam itu pun dah cukup sedap.

Lagi sedap rasanya bila dimakan dengan ikan bakar dan sambah belacan. Kalau dapat makan hidangan ini memang tak toleh kiri kanan dah.

Baca juga: Kerabu Kerang Cara Kampung, Tinggal Gaul Dan Terus Makan!

Rasa kerabu jantung ini memang sedap dan cukup rasa. Bau aroma dari bawang merah mentah dan kerisik memang cukup wangi.

Rasa yang rangup dari taugeh dan bawang mentah yang dihiris memang cukup rasa. Kalau anda suka sedikit masam, boleh perahkan hirisan limau nipis ke dalam kerabu ni.

Resipi ini dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Lina Hadi. Boleh ikut langkah demi langkah di bawah.


RESIPI KERABU JANTUNG PISANG + SOTONG + PUCUK PAKU

Bahan-bahan:

Cara-cara penyediaan kerabu:

1. Mula-mula bakar bawang besar. Ataupun goreng tanpa minyak.

2. Campurkan santan dengan cili pada dan lada merah. Masakkan sedikit santan pekat untuk nak kisar.

3. Kemudian masukkan sedikit belacan bakar. garam, gula dan sedikit kelapa goreng dan kisar. Kalau tak cukup santan, campur dengan air panas.

4. Goreng sotong tanpa minyak. Boleh ganti dengan kerang rebus atau udang jika nak.

5. Bila dah kisar, gaulkan dengan bahan dah hiris tadi sekali dengan bawang besar bakar.

6. Kerabu jantung pisang dan pucuk paku. Siap dan sedia untuk dihidang.


Selamat mencuba.

Sumber: Lina Hadi

Baca juga: Kerabu Daging Goreng Sweet Sour, Resipi Unik, Ringkas Dan SEDAP Untuk Dicuba

Farhana Syahirah

Halal foodie. Gemar mencari content tentang makanan sambil travel!

Recent Posts

Petua Buang Angin Dalam Badan Guna Bawang Putih & Halia, Hanya Bancuh Dengan Air Panas!

Masalah perut kembung dan rasa tidak selesa akibat angin memang boleh mengganggu aktiviti harian. Ada…

1 day ago

Puding Biskut Cream Cracker Guna 3 Bahan, Tak Sangka Semudah Ini Tanpa Guna Oven!

Puding biskut cream cracker ini boleh jadi idea menarik kalau ada lebihan biskut yang sudah…

1 day ago

Kailan Ikan Masin Ala Kedai Thai, Ikan Tenggiri Jeruk & Cili Padi Beri Rasa Lebih Kaw!

Sayur kailan ikan masin antara hidangan yang cukup digemari kerana gabungan rasa pedas dan masin…

1 day ago

Cara Simpan Pisang Banyak-Banyak Sekali Gus, Rupanya Ini Petua Mudah Elak Cepat Rosak!

Pisang antara buah yang mudah masak ranum, lebih-lebih lagi apabila cuaca panas. Jika terbeli pisang…

1 day ago

Resepi Kek Coklat Moist Sukatan Cawan, Kukus Atau Bakar Kedua-Duanya Menjadi!

Terasa ingin makan kek coklat yang lembut, lembap dan kaya dengan rasa koko? Resepi kek…

1 day ago

Daging Masak Rempah Dengan Kuah Pekat, Gabungan Kicap Dan Rempah Ini Memang Padu!

Daging masak rempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau makan…

1 day ago