cara simpan lauk lebihan

Rupanya ada cara simpan lauk lebihan yang bersantan supaya tidak rosak dan tahan lama.

Jika salah cara simpan, ianya akan menjadi cepat basi dan akhirnya terpaksa dibuang begitu saja.

Jika anda ikuti cara yang MyResipi kongsikan di bawah, lauk tersebut boleh dipanas dan dimakan semula.

Baca juga: Cara Simpan Telur Dalam Peti Ais Supaya Tahan Lama, Jangan Letak Pada ‘Bahagian’ Ini

CARA SIMPAN LAUK LEBIHAN YANG BERSANTAN

1. Guna kelapa parut atau santan yang segar dan baru

Pastikan anda menggunakan santan segar yang baru dibeli di kedai. Kelapa parut pula, pastikan kelapa baru diparut dan diperah menggunakan air suam.

Jika menggunakan santan kotak, pastikan kuantiti santan mengikut kesesuaian atau keperluan dalam masakan.

Semasa dalam proses penyediaannya pula, pastikan makanan yang dimasak itu benar-benar masak supaya ia tahan lama bila disimpan.

2. Simpan dengan cara yang betul

Jika ada lebihan masakan yang bersantan, sebelum simpan, panaskan ia tanpa guna penutup. Sejukkan terlebih dahulu sehingga wap panasnya hilang, kemudian baru masukkan dalam bekas tertutup sebelum disimpan dalam peti tejuk.

3. Simpan di bahagian frozen

Sekirannya mahu menyimpan makanan tersebut untuk tempoh yang lama, sebaiknya frozenkan saja kerana ia merupakan kaedah penyimpanan yang terbaik dan tahan lama.

Cara ini sesuai untuk lauk pauk seperti rendang, kari atau gulai yang mengandungi santan.

Jika hendak digunakan, keluarkan makanan dari peti dan biarkan ia pada suhu bilik sebelum dipanaskan.

Cara tersebut boleh memastikan makanan bersantan dapat bertahan dalam tempoh yang lama.

Kredit: Rasa

Baca juga: Cara Simpan Daun Kesum Guna Bekas Plastik, Lebih 2 Minggu Pun Masih Segar Bugar!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN